Assalamualaikum..
Ari ni saya nak post review berkenaan pengalaman saya mengambil set bersalin shaklee..
Ketika mengandung..banyak juga yang saya fikirkan, set bersalin manakah yang saya mahu gunakan ketika bersalin nanti..ibu saya pun ada tanya juga..tapi xdelah die syorkan produk mane mane pun..
Mungkin anda da baca entry saya sebelum ini, iaitu kelas antenatal di hospital ampang..sejak daripada menghadiri kelas tersebut..saya lebih yakin untuk menggunakan set bersalin shaklee dan mengambil keputusan untuk tidak mengambil jamu..ibu saya tidak begitu menggalakkan keputusan saya ini...tapi biasela..badan kita, kita la yg buat kputusan nk guna produk ape kan..
Untuk dalaman, saya amalkan set bersalin shaklee..untuk luaran, saya masih amalkan amalan tradisional seperti memakai pilis, bertungku, berurut dan berbengkung.
Set bersalin shaklee yang saya ambil adalah
1)Vita Lea With Iron Formula
Vita lea adalah multivitamin yang mengandungi semua zat yang diperlukan oleh badan baik ibu selepas bersalin atau sesiapa sahaja..Vita lea saya telah pun amalkan sejak mengandung lagi..pada awal kehamilan, sebelum saya mngenali shaklee..saya mengamalkan obimin yang saya dapat daripada klinik kesihatan..menjelang 6 bulan mengandung..hb saya semakin hari semakin rendah..pada 7bulan hb saya sudah kurang daripada 11.0..oleh kerana hb semakin rendah..dan untuk makan iron kyang diberi dr kk perlu makan ikut masa baru berkesan..akhirnya saya ambil Vita-Lea..Alhamdulillah hb saya semakin naik dan normal sehingga saat melahirkan..
Setelah bersalin, seperti sedia maklum..pastilah kehilangan banyak darah kan..jadi, kita perlu menghasilkan semula sel darah yang telah hilang..apakah yang penting dalam pembentukan sel darah merah?pastinya zat besi..
Pulang dari hospital..saya turut diberikan iron..namun saya mngambil keputusan untuk teruskan makan vita-lea..alhamdulillah..dengan makan vita lea..saya tidak mengalami sembelit..dibandingkan kalau ambil iron yang diberi oleh hospital..potensi sembelit adalah tinggi..
apa yang terkandung dalam vita lea ni?vita lea adalah multivitamin dan multimineral.jom kita tengok apa kandungannya..
Alhamdulillah..stelah 44 hari berpantang, saya menjalani post-natal checkup di klinik kesihatan, hb saya normal, iaitu 12..alhamdulillah..sepanjang berpantang juga saya masih bermaya dan tidakla lesu dan pucat.
2)Vita-C
Vita c juga saya memang amalkan daripada mengandung lagi..ia penting dalam memastikan vitamin dan mineral yang kita ambil dari supplement dan juga makanan mudah diserap oleh badan..ia juga meningkatkan sistem imunisasi badan..rugila kan kalo makan supplement macam2..tapi xdapat diserap semaksimumnya.
Vita-C Shaklee berbeza daripada vita C biasa yang dijual di pasaran kerana Vita C Shaklee adalah sustain release..maknanya vitamin c dilepaskan sedikit demi sedikit kedalam darah mengikut keperluan badan pada waktu itu..berbeza dengan vita C biasa..vita c yang dimakan sekiranya berlebihan pada waktu itu, ianya akan diflush keluar..yelah lgpun vita C ni larut dalam air..jadi ia mudah dikeluarkan daripada badan dripada diserap kedalam badan..
3)Zink complex
Bagi ibu yang bersalin..xkesahla normal atau caesarean..pastilah ada luka kan..kalau normal..luka episotomi..kalo caesarean..luka bedahla..kalo ikut petua, orang tua tua..makan ikan haruan la..minum pati ikan haruan la..sebab ape?sebab ikan haruan kaya dengan zink..zink amatlah penting dalam pembentukan sel sel baru..
Ketika berpantang, ibu saya dapatlah carikan ikan haruan untuk saya..seminggu saya makan ikan haruan..nasib baikla sedap..yela..ibu masakkan..manelah penah xsedap kan..pati ikan haruan pun die belikan..sampai kesudah saya xmakan..rela lg saya makan zink complex shaklee..telan xrase ape..hihi..ikan haruan susah juga nak dapatkan..jadi lebih mudah anda ambil sahaja zink complex..selain bermanfaat untuk ibu..anak yang minum susu ibu, yang ibu makan zink complex ini akan lebih cepat membesar kerana zink membantu pembentukan sel baru untuk bayi juga.
4) Ostematrix
Ostematrix kaya dengan kalsium, magnesium dan turut mengandungi zinc dan vitamin d. Vitamin d penting dalam membantu penyerapan kalsium secara maximum..
Kalsium tersangatlah penting bagi kaum wanita..lebih lebih lagi kepada wanita berumur 25 tahun keatas, wanita warga emas, wanita yang mengandung dan menyusu..
Bagi wanita mengandung dan menyusu, keperluan kalsium adalah lebih banyak berbanding wanita biasa..anda biasa dengar wanita kerap patah gigi ketika mengndung dan wanita yang famai anak mudah mendapat penyakit osteoporosis iaitu tulang rapuh?ini semua kerana setiap kali mengandung kalsium akan diserap oleh bayi daripada badan anda.sekiranya tidak cukup, kalsium akan diserap daripada bahagian badan yang mengandungi kalsium iaitu gigi dan tulang. Wanita mengandung dan menyusu memerlukan 1200mg kalsium sehari.
Berbalik kepada kisah saya..ketika saya berpantang, saya kerap juga minum susu..dalam 2 gelas sehari..namun, perkiran saya, 2 gelas sehari hanya 650 mg kalsium yg saya dapat..jadi saya ambil ostematrix 2biji setiap hari sebelum tido.lagipun kalsium lebih mudah diserap pada waktu tidur.
Kalu ikutkan set bersalin shaklee, ada satu yang saya tidak ambil iaitu b-complex..seeloknya, makanlah sbb b-complex penting dalm pembentukan sel dan memulihkan badan..tapi ketika itu, saya ada kekangan wang sedikt, jadi saya korban kan b-complex..saya cuma makan b-complex yang diberikan daripada hospital..lagipun dalam vita-lea juga ada vitamin b sama seperti dalam b-complex ni..cuma jumlah vitamin nya kurang sedikit..b-complex daripada shaklee adalah seperti gambar dibawah:
Alhamdulillah, kini saya telahpun abis berpantang..saya berasa sihat dan bertenaga..saya tidak mengalami sembelit..seperti yang biasa dialami wanita berpantang yang lain..anak pun sihat..
Sekiranya anda berminat dengan set ini, atau ingin mangajukan sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi saya di
Ainaa: 019 399 0149 sms/whatsapp
Atau di fb saya vita cravers /Nur Ainaa Atikah
Comments
Post a Comment