Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

NAK SUSU BANYAK? CUBA TEKNIK POWER PUMPING, BERKESAN!

Assalamualaikum w.b.t..
Adakah susu anda semakin berkurang?jangan risau..jangan mudah berputus asa!jangan cepat sangat terus berubah fikiran nak beri anda susu formula..ada caranya untuk menambah kan susu badan.. Pertama sekali, jaga kesihatan anda..pastikan anda cukup nutrisi, tidak stress dan yang penting tanamkan semangat untuk susukan anak anda! sekiranya anda rasa badan anda mudah lesu, anda makan tidak menentu..baiklah anda ambil makanan tambahan bagi menyokong penyusuan susu ibu..
kedua..anda boleh lakukan teknik power-pumping..
Apa itu Power Pumping?
Power pumping adalah satu kaedah untu merangsang penghasilan susu..sebaiknya teknik ini dilakukan pada waktu tengah malam atau awal pagi. Ini kerana pada waktu ini, hormon yang merangsang penghasilan susu iaitu prolaktin adalah tinggi.
Anda hanya perlu memperuntukkan masa selama satu jam bagi menjayakan misi ini.

Teknik power pumping
Pam tunggal

pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10 minit.tukar ke payudara kiri pula, pam sela…

5 POSISI TIDUR ATASI KETIDAKSELESAAN BAGI WANITA HAMIL

Assalamualaikum w.b.t 
Bagi wanita hamil, pasti anda pernah berasa pelbagai ketidakselesaan kan..ada orang, duduk pun tak kena, berdiri..lama cepat lenguh, tidur pun xselesa..macam macamlah..lebih lebih lagi bila kandungan atau perut semakin membesar..betul tak?

kat sini saya nak kongsikan 5 tips posisi tidur yang sesuai, selesa dan manfaatnya. tidur mengiring merupakan posisi paling sesuai bagi wanita mengandung..




 bayi mendapat oksigen dan nutrien yang maksima dari plasenta mengurangkan masalah bengkak kaki, pergelangan tangan dan kaki tidur mengiring tidak menganggu peredaran darah risiko bayi mati dalam kandungan rendah mengiring sebelah kanan mengikut sunnah rasullullah.

selain itu, anda juga digalakkan meletakkan kaki dibawah kaki bagi meninggikan kedudukan kaki daripada badan..ini bagi mengurangkan bengkak pada kaki anda..biasanya bengkak kaki akan timbul apabila kandungan 8bulan keatas..

BADAN CERGAS DENGAN ESP

Asslamualaikum w.b.t.

Entry sebelum ni, saya dah kupas mengenai macammana nak atasi badan lesu kan?ha..kali ni entry saya macammana nak atasi badan lesu, menjadi lebih cergas dan boleh mengurangkan berat badan juga!!!
Pernah dengar tak pasal makanlah makan yang mengandungi indeks glisemik rendah untuk memelihara kesihatan anda..biasanya kalau orang nak kurus or pengidap kencing manis mesti pernah dengar..

Apa itu Indeks Glysemic?


Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya dalam paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (GI) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan GI yang rendah pula kan memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Contoh Makanan yang biasanya mempunyai indeks glisemik rendah ialah Roti wholemeal..sebab tu…

SUKA SELFIE? NAK KULIT CANTIK TANPA SUSAH PAYAH EDIT GUNA KAMERA? MUDAH JE!

Assalamualaikum w.b.t.
Sebagai perempuan, siapa la yang tak nak kelihatan cantik kan? tipu la kalau tak kisah pasal penampilan..Biasa kalau keluar jalan-jalan pakai mekap tak?pakai tu boleh, tapi tak payahla tebal-tebal tak natural..Sekarang kan dah jadi trend, pergi mana-mana, mula-mula tangkap gambar selfie tunjuk hari ni pakai baju apa...lepas tu dah sampai destinasi check-in dalam facebook, lepas tu pegi makan dekat kedai, ambil gambar makan, lepas tu tangkap gambar tengah makan..kan?kan? kalau gathering jumpa kawan-kawan apetah lagi, lagi banyakla bergambar nye..monopod tu tarik sepanjang boleh la nak bagi semua nampak kan?
Lepas tu sibuk edit-edit gambar guna hp, tinggikan brightness la contrastla, kalau guna camera 360 tu lagila, guna magic skin la nak bagi muka nampak comel ala k-pop gitu..kan? ala...anda semua boleh tak payah edit gambar-gambar anda, tangkap gambar je da cantik, bukan daripada gambar je, tengok live pun wow gitew! Macammana nak kulit cantik? Selalu tak denga…

RESIPI MAKANAN BAYI 8 BULAN: PASTA BOLOGNESE

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni saya nak share resipi makanan barat untuk putera kesayangan saya..hihii..excited jugak bila anak da masuk 8 bulan kan.. macam-macam makanan nak cuba bagi..yelah..8 bulan dah boleh makan oat, pasta, cheese..apa lagi macam-macam idea la nak bagi..

Kali ni nak kongsi resipi

Pasta bolognese
Cara-Caranyarebus pasta(ketepikan)
blend 2biji tomato dan separuh batang carrot (ikut suka nak letak sayur apa)

tumis unsalted butter+bawang holland+bawang putih+mixed herbs (kalo tak ada guna oregano je pun cukup)
masukkan isi ayam
masukkan tomato yg telah diblend tadi
biar spai masak sekejap
masukkan sekeping keju cheddar
kacau sampai melt

tunggu sejuk blend kan kuah bolognese dan pasta bersama

da siap!



rase pasni nk wat versi banyak pulak..sebelum ni masak untuk diri sendiri pakai tomato puree je..skali pkai tomato fresh rase fresh sgt.,hahaahaha

tapi yang sedihnya Haris macam xsuka sangatla..dia ni tak gemar sangat tomato la rasa..last2 mama nye la yang makan..hmmm..:-(

BADAN CEPAT LETIH? ATASINYA HANYA DENGAN 45 SEN SEHARI!!

Assalamualaikum w.b.t.

Cuaca sekarang makin tidak menentu..Bila panas, rasa badan cepat berpeluh...Bila hujan je rase...rasa nak lelap je kan? huh..sungguh tak produktif lagi tak pro-aktif..hihihihi..
Macammana nak buat? Nampaknya anda perlukan makanan tambahan daripada sumber vitamin B iaitu B complex..Kenapa mesti B-complex?
Fungsi B-complexMembantu memerangi kelesuan Vitamin B berfungsi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Jadi, dengan cukupnya vitamin B didalam badan anda,  badan akan mudah menukarkan makanan sama ada lemak, karbohidrat dan protein  menjadi tenaga dan membolehkan anda rasa lebih cergas sekaligus mengurangkan masalah cepat letih atau kelesuan.
Melawan Stress Vitamin B juga memastikan kesihatan fungsi sistem saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, stress dan insomnia.
Bagaimana nak pilih B-complex yang baik?Mengandungi kesemua 8 vitamin-B1, B2, B3, B5, B6 dan B12 seperti yang digariskan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)Peratusan nilai ha…

APA PERLU BUAT JIKA HB RENDAH KETIKA HAMIL?

Assalamualaikum w.b.t. Kepada wanita hamil diluar sana, atau yang pernah hamil, mesti pernah mengalami masalah ini kan? Tak pun dah border-border dah..kan?

Apa itu Hb? Hb ialah singkatan bagi haemoglobin. Haemoglobin ialah sejenis protein yang mengandungi zat besi yang mengalir dalam sel darah merah. Ia berfungsi sebagai agen pengangkut utama oksigen ke seluruh tubuh.

Hb dikategorikan rendah jika nilai Hb anda bawah 11.0 g /dL. Jika kandungan Hb anda kurang daripada 11.0 g/dL, anda mengidap ANEMIA. Penyakit ini serius kerana ia melibatkan kekurangan sel darah merah yang menjadi agen pengangkut utama oksigen kepada seluruh badan terutamanya kepada janin yang dikandung.


Siapa yang berisiko mengalami Anemia?
Wanita yang hamil kembarWanita yang hamil terlalu rapatKerap muntah kerana alahan mengandungIbu muda yang berusia belasan tahunTidak mengambil makanan yang kaya zat besiMengalami haid yang banyak ketika sebelum hamil.
Kalau Hb rendah, apa komplikasinya? Bahaya ke Anemia kepada bayi dan i…

Pengalaman mengamalkan ESP dalam menjayakan penyusuan susu ibu

Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni nak cerita mengenai pengalaman saya menyusukan anak saya yang kini dah nak masuk 9bulan..Sejak saya masih hamil lagi, suami dah galakkan saya supaya susu kan anak kami sehingga berusia 2tahun..saya pun memang dah tanam niat dah..harap-harap adalah rezeki haris menyusu sampai 2 tahun..
Kenapa semangat sangat nak menyusu badan? Tahu tak susu ibu banyak khasiatnya?
Untuk bayi:
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi kerana Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi andaIa melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.Ia tidak mudah tercemar dibandingkan de…

Puasa 10 muharram (hari asyura)

Assalamuaikum w.b.t
Hari ni 3 november 2014 kn?bersamaan 10 muharram.anda berpuasa tak?hihi saya nasib baikla mama saya ingatkan malam tadi..kalo x saya pun terbabas lupa..selalu kan dengar perkataan asyura?asyura berasal daripada perkataan sepuluh dalam bahasa arab iaitu a'syara.selalunya dengar perkataan asyura ni ialah bubur asyura..hahaha..bubur lambuk kan?hmmm..sdpnye.......:P
Apa fadhilat berpuasa pada 10 Muharram nih? Antara fadhilatnya ialah menghapuskan dosa setahun yang lalu.


Sebaiknya kita berpuasa pada hari tasua' iaitu 9 muharram dan 10 muharram atau 10 muharram dan 11 muharram..ini adalah untuk membezakan kita dengan orang yahudi yang hanya berpuasa pada 10 muharram sahaja..selain itu, untuk mengelakkan kekhilafan ketika menentukan bulan baru iaitu masa tengok anak bulan..kot2 sebenarnye nampak tp org yg tgk xprasan ke..ha..so sebaiknya puasala 2 hari, samada sebelum or selepas 10 muharram juga..kat sini saya sediakan beberapa info lagi daripada JAKIM.
Dari Aisya…

Kenapa saya buat mula mahu berbisnes dan saya pilih Shaklee?

Assalamualaikum warahmatullah..Harap anda semua sihat sejahtera hari ini..

Semalam saya dah perkenalkan diri saya..dan as yang anda tahu (pada sesiapa dah baca entry saya sebelum ini) saya adalah Work At Home Mom..

Saya mempunyai kedai online sendiri iaitu SweetieMom Gallery.

Saya menjual baju mengandungbaju menyusuovulation test strip bagi wanita yang ingin hamil atau ingin merancang secara semulajadiaksesori bayi seperti bedung bayi dan barut bayiSaya juga merupakan Pengedar Shaklee di Kawasan Ampang, Hulu Langat dan Puchong.

Kenapa pilih nak berbisnes online?
Setelah bersalin, suami saya 'merayu' kepada saya jangan lagi bekerja dan jagalah sendiri anak kami..hihi..saya baru habis pengajian dalam Master di UiTM dan sebenarnya saya dah boleh hantar resume saya kemana-mana..tetapi bila dah ada anak ni..dan dengan kita dimomokkan dengan pelbagai kisah-kisah menakutkan tentang pusat jagaan dan pengasuh yang tidak ikhlas..jadi kami pun membuat keputusan supaya biarlah saya menjadi s…

Siapa Saya?

Assalamualaikum..

Lama dah bersawang blog nih..hihi...tak pelah..marilah kita mulakan semula..jom kita berkenalan dulu!
Siapa saya?
Just call me Ainaa Atikah..orang biasa panggil aina je.. sudah berkahwin, mempunyai seorang putera diberi nama Haris Mikhail..

Anak sulung daripada 4 orang adik beradik
Saya anak sulung daripada 4 orang adik beradik..ada dua adik perempuan dan seorang lelaki. Adik pertama namanya Azureen, seorang baker, bisnes online dari rumah..haha work at home wife macam saya..oleh itu saya selalu lah jadi assistant 'terjun' die bila banyak order yang mendatang..hihi.jemput like page adik saya Anis CakeHouse Adik lelaki saya pulak tengah praktikal..belajar dengan ILP Banting..Adik no last, perempuan pun tgh praktikal, namanye Ira ,belajar jurusan pengurusan hotel UiTM Dungun..adik lelaki ni pasni trus nk keje kot..Ira ni mybe nk smbung degree..
Sudah 2 tahun bergelar Isteri orang
Alhamdulillah, setelah hampir 6tahun perkenalan saya dengan suami, Suharmi Abdul Tal…