Assalamualaikum w.b.t..
Adakah susu anda semakin berkurang?jangan risau..jangan mudah berputus asa!jangan cepat sangat terus berubah fikiran nak beri anda susu formula..ada caranya untuk menambah kan susu badan..
Pertama sekali, jaga kesihatan anda..pastikan anda cukup nutrisi, tidak stress dan yang penting tanamkan semangat untuk susukan anak anda! sekiranya anda rasa badan anda mudah lesu, anda makan tidak menentu..baiklah anda ambil makanan tambahan bagi menyokong penyusuan susu ibu..
kedua..anda boleh lakukan teknik power-pumping..
Apa itu Power Pumping?
Power pumping adalah satu kaedah untu merangsang penghasilan susu..sebaiknya teknik ini dilakukan pada waktu tengah malam atau awal pagi. Ini kerana pada waktu ini, hormon yang merangsang penghasilan susu iaitu prolaktin adalah tinggi.
Anda hanya perlu memperuntukkan masa selama satu jam bagi menjayakan misi ini.
Teknik power pumping
Pam tunggal
- pam payudara kanan terlebih dahulu selama 10 minit.
- tukar ke payudara kiri pula, pam selama 10 minit pula
- tukar semula ke payudara kanan selama 10 minit dan seterusnya tukar ke payudara kiri
- lakukan sehingga 1 jam
Pam berganda
- pam kedua dua belah payudara serentak selama 10 minit.
- rehat selama 10 minit.
- sambung kembali mengepam untuk 10 minit.
- rehat 10 minit dan sambung semula sehingga cukup 1jam.
Selain itu, ada beberapa tips asas untuk banyakkan susu ibu iaitu
- pam atau susukan bayi anda setiap 2jam atau 3jam.
susu ibu berkonsep kan supply and demand.lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu mampu dihasilkan. ini kerana ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu.
- usah tunggu sehingga payudara penuh
- tandem pumping
tandem pumping mknanya anda mengepam sambil menyusukan bayi anda. apabila anda menyusu sebelah kanan, automatik susu akan dihasilkan lagi pada payudara kiri apabila tandem pumping selalu diamalkan.
- kebaikan penyusuan malam
penyusuan yang kerap di waktu malam dapat merangsang hormon prolaktin untuk menghasilkan susu..ini kerana pada waktu malam hormin prolaktin lebih banyak dirembeskan.
- minum air mencukupi
anda disarankan minum sekurang kurangnya 3 liter air setiap hari. ia tidak terhad kepada air kosong..anda boleh mengambil susu, jus buah, sup atau minuman berkhasiat. ini kerana elemen utama dalam penghasilan susu ialah air.
baiklah, sampai disini sahaja..semoga perkongsian ini memberi manfaat bersama! Sekiranya anda berminat untuk mengambil makanan tambahan,anda boleh baca disini untu mengetahui nutrisi yang diperlukan. Anda boleh lihat disini set penyusuan yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda.
AINAA
019 399 0149
Comments
Post a Comment