Assalamualaikum w.b.t
Hari ni nak kongsi cerita..ni kisah lama tapi saje nak cerita jugak.hihi
Bulan 5 hari tu masa aina ke indonesia aina kena cirit birit.dan masa tu rasa dehydrated jugak la..Masa tu haris asik nangis je.menyusu, lepas tu xspai sejam nak menyusu.masa tu memang aina full bf lg.walaupun haris ni da makan macam2, dia nak mnyusu jugak.bayangkanlah dengan kita ni cirit biritm air banyak keluar dari badan, so aina rasa sebab tu kot susu kurang, dan haris tak kenyang kenyang.memang stress sgt time tu.
Balik ke Malaysia aina ambil alfalfa tapi tak jadi.alfalfa ni aina tak boleh ambil lebih dari 3 biji sebab haris akan sembelit dan najis akan jadi keras.bila ambil 2 biji ada susu tapi still tak cukup.dari dulu alfalfa ni tak sesuai dengan haris ni, aina ambil esp je.tapi memang kali ni tak jadi jugak. buat power pumping, huh, padahal haris hampir setiap setengah jam kot nak menyusu je, memang macam tak boleh buat apa.merengek je..
lepas tu beli pil habbatussauda, try umma lacto pun sama.memang sedih sangat nak terima hakikat yang aina tak dapat nak full bf haris sampai 2 tahun. tapi sedih lagi tengok anak lapar tak cukup susu. pernah juga baca tak payah bagi susu kat anak, bagi makan macam biasa je pun tak apa.tapi bila jadi kat diri sendiri, rasa macam tak boleh. dia macam cari jugak nak susu.
kesian kat haris, akhirnya terpaksalah decide bagi susu lain,maksudnya campur. aina still bf haris cume terpaksa topup susu lain jela..try bagi susu kambing,jenama wildan.huh haris terus reject.baru berangan nak bagi susu kambing dia tak mahu pulak,tapi haris sejak dulu lagi memang memilih makanan.
lepas tu try susu dutchlady perisa asli.tak berjaya.perisa coklat.tak berjaya jugak.lepas tu baru teringat dulu masa haris baru 1y aina pernah bagi susu HL perisa strawbery dia suka! ok.lepas tu aina pun beli susu strawberi dutchlady kotak, campur dgn susu tepung dutchlady.wow!habis sebotol!!! jenuhla nak bg susu strawberi je,gula tinggi ni.kena cari susu lain ni.nak beli adoi yang 2 pek dutchlady tu pun tak tau siapa nak minum.
jadi fikir fikir, rasa nak mintak sample susu la.aina pun search website susu yang ada menawarkan sample
contohnya sustagen, enfagrow, dumex mamil, s26, friso gold
kesimpulannya susu mahal la yg ada bagi sample ni.,hihi
ni antara sample yang aina dapat
contohnya sustagen, enfagrow, dumex mamil, s26, friso gold
kesimpulannya susu mahal la yg ada bagi sample ni.,hihi
ni antara sample yang aina dapat
Paling best dumex mamil sebab dia bagi sekotak 600g, yang macam jual kat kedai tau.bukan sachet je!lepas tu siap bagi voucher rm30 lagi.
haris boleh minum enfagrow, sustagen dan mamil.yang s26 dan friso aina tak try bagi da sebab lambat sampai.aina dah pilih nak yg mana.
haris boleh minum enfagrow, sustagen dan mamil.yang s26 dan friso aina tak try bagi da sebab lambat sampai.aina dah pilih nak yg mana.
dalam banyak banyak ni akhirnya aina pilih dumex mamil.sebab dia bodek bagi sekotak kot.haha.lagipun bila aina banding kandungan dia.memang mamil ni banyak la, lagi lagi DHA dia paling tinggi dari yang lain,Haris pun nampak aktif, makin bijak dan timing dia nak poo poo pun sama je.regular la kira
Sampai sekarang aina masih menyusu lagi.walaupun tak dapat full bf smpai 2 tahun, harap dapatla mnyusukan haris sampai 2tahun. anda doakan juga ye! amin
Comments
Post a Comment