Assalamualaikum w.b.t.
Sekarang ni, antara mall yang kami suka dan selalu pergi ialah IOI City Mall, Putrajaya.
Sebab apa?sebab
- tak crowded sangat, takdela jalan tu senang nak terlanggar bahu orang
- nak cari parking pun tak de la lama sangat,
- kedai kedai pun banyak yang menarik
Sekarang kami anak beranak dah gila nak makan makanan korea je dah. ni semua bermula masa buka puasa dulu..sebab dekat LG tu nampak ramai sangat orang dah duk reserve tempat, jadi kami pun pergi la tingkat atas sekali. sekali nampak Kedai Soopoong ni.Try la.lepas try terus jatuh cinta.
Haris ni jenis memilih makanan tau.tapiiii dekat restoran ni, amboi bukan main selera sungguh dia. Sampai kita nak habiskan makanan pun tak sampai hati, sebab anak ni berselera sangat. Huh lain kali kena order untuk dia je, baru la mama dia boleh nikmati puas puas.haha
Apa yang makan sedap sangat tuh?
Kitorang makan chicken fried rice bulgogi. Yang ni memang favaourite la..kalau datang memang kena makan ni.lepas tu baru 1 lagi ambil dish lain. yang bulgogi ni memang kegemaran Haris dan Aina.
Pernah juga rasa ramen dia.Mak ai...memang pedas..Macam Aina yang tak tahan pedas ni, memang tak sesuaila..
Ha, ni flyers dia dan lambang kedai dia. aritu ada ambil gambar depan kedai dia.tapi tak jumpa.kalau jumpa, nanti Aina attach semula eh
Ha tengok tu haris, berselera sungguh dia..Hmm..kena cari resipi bulgogi ni.Agak agak kalau Aina masak kat rumah dia berselera sama macam kat kedai tak?heheh
Gambar masa makanan sampai lupa nak tangkap..hihi..kalut sangat, kita bagi gambar dah licin jela..nak tunjuk yang memang sedap..huhu
Huhu..Ok lah, sampai disini sahaja review. Next time g Soopoong lagi Aina letak gambar makanan ok.hehe
Anda yang meminati makanan korea, Aina memang rekemen restoran Soopoong ni, Anda kalau ada nak suggest komen ye dibawah, nak try jugak tempat lain yang best.hihi
Comments
Post a Comment