Skip to main content

MENGANDUNG LAGI??

Assalamualaikum w.b.t.

Huhu, tajuk kontrovesi dah tu..huhuhu

Haris dah nak masuk 1y9m..Ainaa pun dengan husband dah bersedia nak baby baru..Dah 2 bulan Ainaa consume GLA complex sekali dengan B complex with folic acid sebagai persediaan. Period aina ok je, yelah untuk persediaan lah kata kan.

Berusaha dan berharap dikurniakan anak perempuan

Dan untuk pregnancy kali ni, ainaa guna ovulation test strip untuk tahu bila waktu subur. Kali ni memang crucial sikit la sebab kami nak berusaha untuk dapatkan anak perempuan pula. Jadi, kalau ikutkan theory, kena bersama masa hari dapat 2line terang. So memang celup mencelup la kejenya.
Hari subur aina biasanya range antara CD17 - CD21 paling lambat. CD=cycle day.. (nak tahu bagaiman kira hari subur, sila klik disini). So aina akan mula test mula CD16 supaya tak terlepas 2 line terang tu. Boleh klik disini unuk tahu petua nak dapatkan anak perempuan dan anak lelaki.
Kita berusaha, kemudian tawakal kan. Tak salah ikut petua dan teori, namun, akhirnya kenalah tawakal dan redha dengan pemberian Allah nanti kan.

Alhamdulillah, bila hari yang sepatutnya period tu, Aina test UPT. positif, tapi line masih kabur. yela masih awal kan. Dalam 2 ke 3 hari lepas tu, aina test lagi sekali, dah nampak memang 2line terang macam gambar bawah ni. Syukur. UPT ni pun aina jual ye..hihihi

Sekarang cuma nak fikir macammana nak wean off Haris. Yela dia masih menyusu, walaupun aina dah tak fully bf dia. Tu adalah cabaran sekarang la.

Cabaran yang ditakuti ialah bila morning sickness, stage muntah-muntah tu nak datang..risau  kalau nanti nak handle dengan haris yang sekarang aktif nye la hai..Dulu masa mengandungkan haris. memang lembik juga la..

Dulu, ambil set hamil shaklee masa dah hujung-hujung pregnancy, sebab masa tu baru kenal shaklee.Untuk mengandung kali kedua ni, memang ainaa ambil dari mula lah. Lagipun, vitamin yang ambil, memang yang aina makan selama ni pun..cuma sebelum ni ada culas jugak.tapi bila dah pregnant ni jadi rajin.hikhik.
ni la set hamil yang aina ambil sekarang

Ok lah, sampai sini dulu..nanti kita cerita lagi kisah hamil anak kedua nih.Nanti kita sambung lagi ye!

AINAA
019 399 0149

PENGEDAR SHAKLEE
COD HULU LANGAT, AMPANG, PUCHONG

Comments

  1. Tahniah! :) Dulu saya pregnant pun si kakak masih fully bf. Sekarang cabaran untuk wean off pulak..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tips tak untuk wean off ni..saya letak asam jawa..tapi sekarang ni anak dah pandai nak mengamuk bila kita letak asam tuh..nak tido mesti nak menyusu jugak..aduyaiiiii

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

RESIPI MAKANAN BAYI 8 BULAN: PASTA BOLOGNESE

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni saya nak share resipi makanan barat untuk putera kesayangan saya..hihii..excited jugak bila anak da masuk 8 bulan kan.. macam-macam makanan nak cuba bagi..yelah..8 bulan dah boleh makan oat, pasta, cheese..apa lagi macam-macam idea la nak bagi.. Kali ni nak kongsi resipi Pasta bolognese Cara-Caranya rebus pasta(ketepikan) blend 2biji tomato dan separuh batang carrot (ikut suka nak letak sayur apa) tumis unsalted butter+bawang holland+bawang putih+mixed herbs (kalo tak ada guna oregano je pun cukup) masukkan isi ayam masukkan tomato yg telah diblend tadi biar spai masak sekejap masukkan sekeping keju cheddar kacau sampai melt tunggu sejuk blend kan kuah bolognese dan pasta bersama da siap! rase pasni nk wat versi banyak pulak..sebelum ni masak untuk diri sendiri pakai tomato puree je..skali pkai tomato fresh rase fresh sgt.,hahaahaha tapi yang sedihnya Haris macam xsuka sangatla..dia ni tak gemar sangat tomato la rasa..last2 mama nye la

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun