Assalamualaikum w.b.t
Sekarang banjir ada tempat dah surut, ada juga yang masih ditenggelami air. Sedih rasa tengok keadaan mereka.lagi lagi rumah kayu yang ranap dibawa arus banjir.
Semalam tengok berita, Thailand da bagi amaran akan lepaskan air dari empangan dia lagi..kawasan yang akan terjejas ialah selatan thai seperti pattani..hmm pattani pun sekarang air masih paras pinggang, kalo tmbh air lagi, mau tenggelam sampai bumbung..keadaan ini akan meningkatkn air sungai golok juga..berkemungkinan, kawasan yang berhampiran dengan sungai golok seperti rantau panjang, pasir mas mungkin akan banjir semula..hmmm....
Saya tiada saudara di kelantan, tetapi ada di terengganu, dan pahang..mereka juga terlibat dengan banjir..
kita disini pasti ada rasa hendak membantu kan? saya sedih melihat keadaan mereka..nak jadi sukarelawan mungkin tak sesuai lagi..jadi, bantuan dari segi wang dan barang sahaja mampu dihulur kan..
Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan secara bank transfer..pada saya lebih mudah..online sahaja..anda bolehla hulurkan ke
Tabung bencana NSTP
Sekiranya anda berada di Ampang, anda boleh dermakan barang keperluan seperti gambar di bawah di alamat tertera.
flyers ini saya dapat dirumah.
Selain itu jika anda di Shah Alam, boleh hulurkan bantuan seperti di bawah
Mari lah kita sama sama membantu..
Ainaa 019 399 0149
Pengedar Shaklee
C.O.D. Ampang, Hulu Langat, Puchong
Comments
Post a Comment