Skip to main content

KHASIAT YANG DIPERLUKAN OLEH WANITA HAMIL BAGI MENYOKONG PERKEMBANGAN BAYI ANDA

Assalamualaikum w.b.t
Anda sudah positif hamil?tahniah! Kini anda perlu tahu apa nutrisi yang penting untuk anda dan bayi anda. jom lihat apa yang perlu anda ambil!

Asid folik

Anda harus terus mengambil asid folik sekurang kurangnya sehingga 12 minggu kehamilan kerana ia penting pembentukan saraf tunjang bayi. namun, anda disarankan terus mengambil asid folic sehingga akhir kehamilan. folic acid penting dalam membantu penghasilan sel darah merah, menghasilkan dna,pembahagian sel dan perkembangan ketika hamil.

Berapa banyak folic acid diperlukan? Ha jom tengok nih. Anda boleh cek nanti dalam  supplement anda, cukup tak.hihi


Kalsium

Anda dinasihatkan untuk mengambil kalsium bersama vitamin d dan magnesium untuk perkembangan dan pertumbuhan tulang bayi.
makanan yang kaya dengan kalsium ialah yogurt, susu, keju dan salmon. vitamin d membantu badan menyerap kalsium dengan lebih efektif dan ia boleh didapati dalam susu dan minyak ikan. jika ketika hamil, anda loya untuk minum susu, anda boleh mengambil supplement kalsium. anda dinasihatkan mengambil supplement kalsium yang turut mengandungi vitamin d dan magnesium untuk penyerapan yang lebih baik,

Anda dinasihatkan mengambil 1000 mg kalsium sehari sebelum, semasa dan selepas melahirkan anak. kalau susah nak minum susu, ambil pil kalsium je.kan senang...Macam Aina, memang pil ostematrix tu memang wajib kena ada.yela, tak larat nak minum banyak banyak susu nak cukupkan 1000 mg tuu



Zat besi

Anda perlu zat besi semasa hamil kerana perkembangan fetus dan plasenta bergantung kepada anda. zat besi akan lebih banyak diperlukan pada trimester akhir kerana bayi semakin membesar. Anda disyorkan lebihkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti daging, sayuran seperti bayam. Ambil supplement zat besi adalah pilihan yang baik, makan supplement zat besi bersama vitamin C. ini kerana Vitamin c membantu penyerapan zat besi kedalam badan anda.

Berapa banyak zat besi diperlukan?

Apa akan jadi kalau zat besi tak cukup?

Antaranya, boleh gugur, bersalin tak cukup bulan, bayi kekurangan berat, dan anda akan rasa super letih. Yela, ibu mengandung biasa pun letih juga, kalau anda tak cukup zat besi, lagi la letih smapai boleh pengsan.ha...bahaya tu!


Iodin

iodin penting untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi. makanan yang kaya dengan iodin seperti makanan laut susu dan hasil tenusu.

Zink

teruskan mengambil makanan kaya zink untuk penghasilan DNA bayi anda. makanan tinggi zink seperti telur,kurma.

Vitamin C

Amat penting bagi memastikan sisTem imun anda pada tahap yang baik apabila anda hamil. Selain itu, Vitamin C juga mengurangkan risiko anak anda mengalami alahan atau alergi ketika lahir nanti. Vitamin C perlu diteruskan bagi memastikan kandungan tetap sihat..selain itu ia membantu penyerapan zat besi dalam diet anda.

Selain itu, Vitamin C boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi pra-matang. Ni ada kaitan dengan kes diatas tadi, iaitu kekurangan zat besi.kalau kurang zat besi, kurang vitamin c, berisiko tinggi la lahir bayi pra matang. Sebab, Vitamin C membantu penyerapan zat besi.kalau makan zat besi je, kurang vitamin C pun tak boleh juga..zat besi lambat diserap dalam badan nanti..



Pengambilan Vitamin C yang disarankan ialah 500mg sehari.


Omega 3 (DHA)

DHA sangat penting untuk perkembangan otak bayi. otak dan sistem saraf adalah bahagian yang paling tinggi kandungan DHA.
kajian juga menunjukkan ibu hamil yang mengamalkan pemakanan Omega 3 dapat mengurangkan risiko alahan kepada bayi anda. ini kerana Omega 3 turut berfungsi melawan keradangan atau anti inflammatory. ikan tuna, salmon, sardin, ikan bilis kaya dengan DHA. anda juga boleh mengambil supplement DHA bagi memastikan pengambilan dha yang mencukupi.
pengambilan Omega 3 disarankan 1000mg sehari, dan disyorkan mula diambil pada trimester terakhir atau 6 bulan kehamilan keatas. ini kerana, pengambilan DHA pada awal kehamilan tidak banyak diperlukan. otak bayi mula berkembang pada 6 bulan keatas.



* SUMBER : Majalah Pa&Ma



Jika anda memerlukan supplement bagi menyokong kehamilan anda, anda boleh baca disini.

Atau anda boleh terus hubungi saya AINAA 019 399 0149

PENGEDAR SHAKLEE
C.O.D HULU LANGAT, AMPANG, PUCHONG

Comments

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

DERITA GEGATA (URTICARIA) SELAMA 5 BULAN BERAKHIR JUGA

Assalamualaikum w.b.t Hari ni nak cerita kisah saya. Korang tau tak apa itu gegata or urticaria? Gegata ni gàtal gilaaaa..bentuk peta. Ada orang panggil kelopak garam,ada orang panggil sembur pontianak Saya kena gegata ni sejak dlm bulan dec 2016.dalam selang beberapa hari malam saya akan gatal gatal.menggaru xboleh berhenti.bangun tengok badan dah berpeta sana sini.mulanya sapu minyak cap kapak la nak kasi lega.lega sebab berangin jela.tp still gatal.bila nk pagi dlm pkul 4lbih bru gatal tu mula hilang.bru boleh tido lena Mulanya suspek tilam ada hama saya tukar tilam,tukar bantal,tukar caar.cadar siap rebus lagi dalam air mendidih.tapi masih kena.seminggu 2-3x saya mesti gatal. Mulanya malam sahaja,kemudian semakin kerap,kadang siang pun kena. Saya jumpa doc dan doc beri chloropherinamine atau piriton.sejenis ubat tahan gatal,sejenis anti-histamine.selain itu,doc kata boleh juga ambil cetrizine.cetrizine ni lebih ok la utk ibu menyusu.bila ubat dah habi

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun