Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

BARU ANAK SEORANG, KEPALA DAH NAK BOTAK? ATASINYA SEKARANG!

Assalamualaikum w.b.t. Masalah ni biasa terjadi, lepas bersalin, rambut pun alahai senangye berguguran. sekali sikat hah, amboi banyak betul yang gugur.gugur di sikat, yang kat lantai?bergumpal-gumpal. kalau sapu tu banyak lagi rambut dari habuk. bila belek-belek rambut?alamak!!Kenapa makin nipis je?lepas tu macam lapang je dekat tengah-tengah ni?oh tidak! takkan muda-muda dah nak botak? Patut ke risau? Memang patut risau, tetapi anda harus cepat-cepat cari jalan penyelesaiannya..sebab kalau tak, makin lama makin teruk jadinya.. takkanla dah botak betul-betul baru nak cari penyelesaian kan? lagipun kita ni perempuan, orang pertama akan tegur ialah suami kita. macam saya, kalau suami tegur bab-bab kecantikan ni, memang cepat terasa..kalau boleh tak nak die tegur tak elok. tegur nampaka makin cantik ke tu takpe, lagi selalu lagi bagus..hehe Faktor keguguran rambut selepas bersalin Hormon tidak stabil Selepas bersalin, hormon wanita cuba untuk seimbang semula sepe

KERAP KATA 'JANGAN!' DAN 'TIDAK!' KEPADA ANAK BOLEH RENCATKAN PERKEMBANGAN ANAK?

Assalamualaikum w.b.t Selalu cerita pasal khasiat dan nutrisi je kan?Arini nak cerita pasal kemahiran keibubapaan..huhu..yelah ibu baru kan..anak pun dah semakin membesar.  parenting skill tu kena belajar juga untuk mendidik anak menjadi insan yang elok. siapa nak anak jadi tak elok kan?lagi-lagi dari segi akhlak nya. hari ni nak kongsi daripada pembacaan majalah Pa Ma mengenai bila waktu yang wajar kita cakap JANGAN dan TIDAK! Tahu tak, kalau kita semua benda cakap JANGAN kat anak, lama-lama anak akan jadi hilang keyakinan diri dan boleh membantutkan daya eksplorasi anak anda. Kenapa tidak boleh kerap katakan JANGAN dan TIDAK? Anak yang sering dikatakan perkataan ini akan cenderung rasa takut, dan hanya akan melakukan sesuatu jika diminta termasuk ketika bermain. Jika dibiarkan, anak boleh menjadi pasif, tidak kreatif dan tidak memiliki inisiatif Anak akan kurang berdikari dan selalu bergantung kepada ibubapanya atau orang yang selalu dengannya. Anak tidak terlatih

5 UBAT PERLU DIELAKKAN KETIKA HAMIL

Assalamualaikum w.b.t Ketika hamil, anda tidak boleh ambil mudah apa yang anda makan . lebih-lebih lagi ubat-ubatan. Jika anda rasa sakit, tak kisahlah demam atau pun sakit dibahagian mana-mana anggota badan, pastikan  anda bertanya dapatkan perskripsi doktor terlebih dahulu sebelum ambil. Disini saya senaraikan secara ringkas 5 ubat- yang perlu anda elakkan ketika hamil 5 ubat yang perlu dielakkan ASPIRIN ia berupaya menyebabkan jumlah cecair amnion atau air ketuban menjadi sedikit. Ini sangat berbahaya kerana ia boleh mengurangkan aliran darah di dalam otak bayi LITIUM Ubat ini berkesan untuk merawat masalah mood tidak menentu tetapi ia boleh menjejaskan perkembangan jantung bayi. TETRASAIKLIN Ia merupakan sejenis antibiotikuntuk merawat jangkitan dada, faraj dan jerawat. Jika diambil pada trimester kedua dan ketiga, ia boleh menjejaskan perkembangan gigi bayi dan menyebabkan gigi bayi menjadi kuning. UBAT PENAHAN SAKIT Ubat ini boleh menyebabk

APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SUSAH NAK HAMIL?

 Assalamualaikum w.b.t Anda ingin hamil, tetapi sampai sekarang tak lekat-lekat..Pernah hamil, tetapi kerap gugur .puas fikir apa masalah anda?  Berikut adalah faktor-faktor yang mungkin menyebabkan masalah yang menyebabkan anda susah hamil. Faktor menyebabkan susah hamil Kekurangan nutrisi anda sendiri tak cukup khasiat, bagaimana nak kongsi dengan bayi yang bakal dikandung . sebagai persediaan untuk hamil, khasiat yang mesti anda cukup ialah protein, folic acid, vitamin C, dan zat besi. kenapa perlu khasiat ini semua? protein : penting untuk membina sel sel badan dan bayi yang bakal dikandung folic acid: penting dalam perkembangan saraf bayi. perkembangan saraf bayi ialah pada sebelum 28 hari usia kehamilan anda . Jika anda tidak cukup folic acid pada waktu ini, bayi anda berpotensi mengidap spina bifida iaitu kecacatan pada saraf tunjang. pembentukan neural tube adalah sebelum usia kandungan 28 hari. Selalunya, anda tahu anda mengandung pun setelah usia

TIPS MELANCONG KETIKA SEDANG HAMIL

Assalamualaikum w.b.t. perut da besar, tapi nak juga pergi bercuti kan? tapi apa perlu bawa bersama?disini saya sertakan beberapa nasihat dan tips untuk anda yang ingin bercuti merehatkan minda. Yelah, lepas baby dah keluar nanti, tidur pun tak cukup..so sekaranglah nak nikmati masa relaks sepuas hati..hihi Periksa syarikat pengangkutan Jika anda ingin melancong dengan menaiki pengangkutan awam, lebih lebih lagi ,kapal terbang biasanya syarikat tersebut tidak galakkan wanita hamil pada usia kandungan tertentu ( selalunya 7 bulan) untuk mengunakan perkhidamatan yang disediakan. Biasanya wanita hamil perlu mengisi borang atau beri surat pengesahan doktor mengenai usia kandungan sebelum dibenarkan menaiki kapal terbang. Bawa nota kelas antenatal Anda ada pergi kelas antenatal tak?kalau untuk ibu yang mengandung first time, saya syorkan pergi la kelas antenatal, banyak info yang anda boleh belajar dan anda boleh direct tanya doktor apa yang anda risaukan atau anda ke

PENGALAMAN HADIRI BENGKEL NUTRISI SHAKLEE

Assalamualaikum w.b.t Hari ni nak cerita tentang pengalaman saya menghadiri bengkel nutrisi shaklee. Untuk pengetahuan anda, Shaklee sentiasa memberi anda guidance dengan mengadakan pelbagai jenis aktiviti seperti bengkel, training dan talk untuk memberi pengetahuan kepada ahli shaklee tentang kebaikan produk dan juga teknik pemasaran. Sebelum ini suami saya pernah menghadiri New Dristributor Training dan kami memang dah lama bercita-cita nak hadiri bengkel nutrisi shaklee ni..Alhamdulillah akhirnya tercapai juga. B engkel ini lebih menerangkan tentang setiap fungsi produk shaklee dengan lebih mendalam. Bengkel yang saya hadiri ni berlangsung pada 25 januari 2015, hari Ahad di Home Office Shaklee di The Pinnacle, Sunway,Subang jaya. Ianya berlangsung pada 10 pagi hingga 5.30 petang. Setiap peserta diberikan buku, buku ni special tau sebab dia isi tempat kosong, so, memang kena fokusla dengar nutritionist tu explain. ha, nutritionist  yang bagi talk hari ini ialah Nurul

TIPS ATASI MASALAH LOYA, ANGIN DAN SEMBELIT KETIKA HAMIL

Assalamualaikum w.b.t Kenapa masa hamil mesti rasa loya, muntah, kembung perut, pedih ulu hati dan sembelit? Tak selesa la..nak buat kerja pun mabuk je rasa kan? Macam mana nak kurangkan rasa semua ni?yela orang kata biasala tu orang mengandung..tapi disini s aya nak kongsi tips atasi masalah semua ini. Punca Masalah pencernaan ketika hamil Tahu tak, bila kita hamil, lebih-lebih lagi masa trimester pertama, hormon masih lagi tak stabil. Hormon progestron dan hormon estrogen yang meningkat akibat kehamilan menyebabkan masalah ini.  Loya dan muntah Biasanya orang cakap, ini adalah geJala morning sickness. tapi tak semua kena masa pagi-pagi..macam saya dulu, bila maghrib barula rasa loya-loya ni.. Hal ini berlaku kerana hormon estrogen dan progestron yang meningkat menyebabkan anda rasa tak selesa dan loya.  cara atasi Anda dinasihatkan makan dengan kerap tetapi dengan jumlah yang sedikit. elakkan makanan pedas minum lebih air kosong makan makanan tinggi k

BAGAIMANA NAK PILIH PENGGENDONG (BABY CARRIER) YANG BETUL?

Assalamualaikum w.b.t Bayi anda susah nak duduk dalam stroller?Nak berdukung sahaja? Anak semakin berat, lenguh lama-lama nak dukung.. Bila dah berdukung ni, susah nak buat apa-apa, nak beli barang ke susah kan? Sebelah tangan je, macam mana nak buat? Apa kata anda guna penggendong bayi? atau dalam bahasa inggeris, Baby Carrier. Kelebihan menggunakan penggendong bayi Senang di bawa kemana-mana. Nak buat kerja rumah pun senang. pakai penggendong bayi, dan anda boleh nak menyapu ke, masak ke..tapi kena hati-hatila..tapi biasanya penggendong bayi ni digunakan bila kita nak pergi membeli belah, senang nak pilih barang, nak buat bayaran..kan? pemakaian penggendong bayi menyebabkan anak dan ibu atau bapa lebih rapat. Bonding antara anak dan ibubapa lebih kukuh la kiranya. Jimat ruang berbanding menggunakan stroller. banyak ruang diperlukan untuk mengisi stroller dalam kereta. lebih-lebih lagi jika ingin bercuti. banyak beg dan barang ingin dibawa kan? Antara jenis Pengg

KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMEN?

Assalamualaikum w.b.t. Anda ada ambil supplemen tak?ada makan vitamin? kenapa kena makan vitamin?tak cukup ke vitamin yang dapat daripada makanan yang kita makan? T ahukah anda 90% orang kekurangan zat dan nutrisi penting dalam diet harian mereka? Kerana itulah kita perlkan suplemen untuk memenuhi keperluan zat dalam diet harian kita. Sebab kita perlukan suplemen Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Radikal bebas ni bahaya tau!  Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas dan tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia lain. selain itu, nutrien daripada makanan akan berkurang akibat cara memasak seperti masak terlalu lama dan aktiviti menggoreng yang suhunya tinggi. mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan kurang bersenam rutin pemakanan yang tidak menghiraukan diet yang seimbang gangguan penyerapan makanan seperti pengambilan kafein, gula dan gar

ZAT BESI DAN VITAMIN B12 SAMA PENTING BAGI MENINGKATKAN HB BAGI IBU HAMIL

ASSALAMUALIKUM W.B.T Apa khabar anda semua? Hamil tetapi doctor kata hb rendah? Apa penyelesaian terbaik jika waktu hamil tahap Hb tetap rendah? Melalui pembacaan saya di Majalah Pa Ma, Dr. Norintan Zainal Shah iaitu pakar Perbidanan dan sakit puan mengatakan bahawa: Tahap hemoglobin dalam darah akan menurun ketika hamil kerana kandungan air dalam badan bertambah. Dalam trimester pertama kehamilan, tahap hemoglobin normal adalah 11g%-11.5% ke atas. Jika tahap hemoglobin didapati menurun rendah dari 11%, doktor akan: menyiasat punca hemoglobin rendah memulakan supplement zat besi sekurang-kurangnya 200mg setiap hari bersama supplement lain seperti vitamin B dan C. menasihati ibu hamil cara pemakanan supplement dengan betul. contohnya pil zat besi diambil dia jam atau dua jam selepas makan. Sementara itu, doktor akan menjalankan pemeriksaan lain seperti thalasemia.  Thalasemia ialah penyakit genetik yang diwarisi daripada keturunan. Pesakit thalasemia mempunyai struk

APA YANG BEST JOIN SHAKLEE NI?

assalamualaIkum WBT  hari ni saye nak share ttg kelebihan mendaftar ahli shaklee ♥dapat beli brg2 shaklee pada harga ahli, jimat sehingga 30% ♥dapat untung jual harga runcit sehingga 30% ♥setiap produk yg dibeli atau dijual, akan dpt points unik yg dipanggil UV. uv ni bila dah cukup jumlahnya (150 uv ke atas), layak dpt CASH bonus from shaklee ♥bonus tersebut akan dibank in pada setiap pertengahan bulan. ♥Lebih byk produk yg dijual, lebih byk uv terkumpul, lebih besar ganjaran cash bonus anda. Nilai bonus dari 5% sehingga 21% ♥bonus kepimpinan sehingga 6 level ♥Bonus subsidi kereta (dalam bentuk tunai) ♥program konvensyen shaklee ♥program penajaan antarabangsa Purata pendapatan tahunan berdasarkan pangkat:  - Master Coordinator RM600,000 and above  - Senior key coordinator rm350,000 and above  - Key coordinator rm250,000 and above  - Senior coordinator rm150,000 and above  - Coordinator rm80,000 and above  - Senior supervisor rm36,000 and above  - Supervisor rm20,000 and abo

PENGEDAR SHAKLEE HULU LANGAT & PUCHONG

Assalamualaikum w.b.t Anda tinggal di Hulu Langat?Atau Puchong? Saya boleh c.o.d (cash on delivery) senang cerita terus hantar produk shaklee kerumah anda atau meet point yg sesuai. Yela..ada juga yang t ak nak tanggung kos pos kan..kalau boleh c.o.d apa salah nya..saya pun s uka jumpa customer depan depan, senang nak consult cara guna, tips-tips dan bila repeat order boleh nampak perubahan customer. Biasanya kalau di Puchong antara meetpoint saya ialah Tesco Bukit Puchong atau IOI mall Kalau di Hulu langat di Petronas Nanding. Tapi kebanyakannya saya terus hantar kerumah sahaja. Antara set kegemaran ialah set kehamilan set kesuburan set kulit set darah tinggi set asthma/lelah Jadi anda jika anda ingin menggunakan produk shaklee dan ingin barang anda terus sampai kepada anda tanpa dikenakan kos pos, segera hubungi saya Ainaa 019 399 0149 PENGEDAR SHAKLEE C.O.D  HULU LANGAT, PUCHONG POS KESELURUH MALAYSIA

KENAPA WANITA HAMIL MENGIDAM?

Assalamualaikum w.b.t. Anda hamil? Pernah ada rasa mengidam tak? Tahu tak kenapa wanita boleh rasa nak mengidam? Saya dulu pernah juga mengidam, tapi tak adalah mengidam nak makan benda yang pelik pelik..nak makan chicken chop la, nak makan jambu la..tapi dulu masa mengandung saya suka makan makanan western. Pantang nampak kedai yang ada jual roasted chicken ke, macaroni cheese ke, memang nak pergi jela..tapi satu je, saya tak suka makan burger. Sekarang anak saya ta ada lah pulak suka makanan western..yang suka kari dan makanan berempah je. oohh memang sangat berbeza ok! Punca rasa mengidam Kebanyakan doktor percaya bahawa kekurangan zat makanan dan vitamin di dalam tubuh wanita hamil itu yang mencetuskan rasa mengidam.  contohnya mengidam makanan laut. keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh kekurangan kalsium dan sodium. Bagi yang mengidam kekacang atau bijirin pula, berkemungkinan besar berpunca daripada kekurangan magnesium. Ada juga yang mengidam ais