Skip to main content

APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SUSAH NAK HAMIL?

 Assalamualaikum w.b.t

Anda ingin hamil, tetapi sampai sekarang tak lekat-lekat..Pernah hamil, tetapi kerap gugur.puas fikir apa masalah anda?  Berikut adalah faktor-faktor yang mungkin menyebabkan masalah yang menyebabkan anda susah hamil.

Faktor menyebabkan susah hamil


Kekurangan nutrisi


anda sendiri tak cukup khasiat, bagaimana nak kongsi dengan bayi yang bakal dikandung. sebagai persediaan untuk hamil, khasiat yang mesti anda cukup ialah protein, folic acid, vitamin C, dan zat besi. kenapa perlu khasiat ini semua?



  • protein: penting untuk membina sel sel badan dan bayi yang bakal dikandung
  • folic acid: penting dalam perkembangan saraf bayi. perkembangan saraf bayi ialah pada sebelum 28 hari usia kehamilan anda . Jika anda tidak cukup folic acid pada waktu ini, bayi anda berpotensi mengidap spina bifida iaitu kecacatan pada saraf tunjang. pembentukan neural tube adalah sebelum usia kandungan 28 hari. Selalunya, anda tahu anda mengandung pun setelah usia kandungan 5 minggu sehingga 8 minggu kan? Jika selepas waktu ini, jika scan bayi anda mengidap spina bifida, anda makanlah sebotol asid folic pun, sudah tidak berguna sebab kecacatan itu tetap kekal. Jadi, pastikan badan anda cukup asid folic sebelum hamil!

  • Zat besi: Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia iaitu kekurangan sel darah merah.
  • Vitamin C: vitamin C  merangsang penyerapan zat besi dan asid folik. jadi pengambilan vitamin C dan zat besi amatlah disarankan.

Jika anda kurang makan makan sayur yang kaya dengan zat besi, vitamin c dan folic acid,  anda boleh amalkan mengambil supplement b-complex with folic acid, vitamin C dan Vitalea with iron formula untuk memastikan anda cukup nutrisi dan bersedia untuk hamil.

Masalah berlebihan berat badan


Masalah berlebihan berat badan juga boleh menyebabkan anda susah hamil. ini kerana hormon anda tidak seimbang yang menyebabkan anda mengalami kegemukan dan susah hamil. Orang yang mengalami berat berlebihan juga biasanya haid tak teratur. Biasanya doktor akan menasihatkan supaya turunkan berat badan terlebih dulu.

Anemia


Anemia ialah masalah kekurangan sel darah merah. Masalah ini disebabkan kekurangan haemoglobin yang peranannya membawa oksigen. Zat besi diperlukan bagi membentuk haemoglobin agar berfungsi dengan baik. Antara simptom penyakit anemia ialah, cepat rasa letih dan kurang selera makan.
Masalah anemia juga boleh menyebabkan keguguran kandungan, kelahiran bayi pramatang, dan kelahiran berat bayi kurang. Jadi, pastikan anda cukup zat besi iaitu 14mg dalam diet seharian. 


Masalah ovulasi


Ovulasi ialah waktu subur wanita. Ovulasi ialah proses ovum keluar dari ovari dan bersedia untuk persenyawaan. Masalah ovulasi biasanya terjadi akibat hormon tidak seimbang, jadi ovum tidak matang dan tidak dikelaurkan daripada ovari. Selain itu, mungkin disebabkan tib fallopio tersumbat dan lain-lain. 

Untuk tahu sama ada anda mempunyai waktu subur atau tidak, anda boleh menggunakan ovulation test strip. Setiap bulan jika anda dapat satu hari 2 line terang maknanya anda akan ovulasi. jika sepanjang anda test, dapat line kabur sahaja, maybe anda tidak berovulasi dan diasihatkan berjumpa dengan doktor.



anda juga boleh baca cara mengetahui waktu subur

Hormon tidak seimbang


Hormon yang tidak seimbang menggangu sistem dalam badan terutamanya sistem pembiakan. Simptom hormon tidak seimbang biasanya
  • keguguran rambut
  • haid tidak terartur
  • kulit berminyak
Anda boleh cuba menstabilkan hormon anda dengan mengambil supplement mengandungi GLA. GLA complex shaklee jika diambil secara konsistent dapat membantu atasi masalah hormon ini.



Kesimpulannya nutrisi amatlah penting dititiberatkan jika anda merancang untuk hamil. selain ia meningkatkan potensi anda untuk hamil, ia juga dapat mengelakkan bayi yang dikandung sempurna dan tidak cacat.

Jadi rancanglah, fikirla apa terbaik untuk anda. Anda boleh hubungi saya untuk konsultasi tentang masalah anda. InsyaAllah saya akan suggest produk yang sesuai untuk keperluan anda.

AINAA 019 399 0149

PENGEDAR SHAKLEE 
COD AMPANG, HULU LANGAT, PUCHONG
POS KESELURUH MALAYSIA




Comments

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

DERITA GEGATA (URTICARIA) SELAMA 5 BULAN BERAKHIR JUGA

Assalamualaikum w.b.t Hari ni nak cerita kisah saya. Korang tau tak apa itu gegata or urticaria? Gegata ni gàtal gilaaaa..bentuk peta. Ada orang panggil kelopak garam,ada orang panggil sembur pontianak Saya kena gegata ni sejak dlm bulan dec 2016.dalam selang beberapa hari malam saya akan gatal gatal.menggaru xboleh berhenti.bangun tengok badan dah berpeta sana sini.mulanya sapu minyak cap kapak la nak kasi lega.lega sebab berangin jela.tp still gatal.bila nk pagi dlm pkul 4lbih bru gatal tu mula hilang.bru boleh tido lena Mulanya suspek tilam ada hama saya tukar tilam,tukar bantal,tukar caar.cadar siap rebus lagi dalam air mendidih.tapi masih kena.seminggu 2-3x saya mesti gatal. Mulanya malam sahaja,kemudian semakin kerap,kadang siang pun kena. Saya jumpa doc dan doc beri chloropherinamine atau piriton.sejenis ubat tahan gatal,sejenis anti-histamine.selain itu,doc kata boleh juga ambil cetrizine.cetrizine ni lebih ok la utk ibu menyusu.bila ubat dah habi

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun