Assalamualaikum w.b.t.
Anda berazam nak menyusukan anak anda secara ekslusif selama 2 tahun? Jika anda ibu bekerjaya, pasti anda perlu alat bantuan iaitu pam menyusu. Pemilihan pam yang betul amatlah penting supaya azam anda ingin berjaya direalisasikan.
Dalam membuat pemilihan pam, 7 faktor perlu diambil kira iaitu
Harga
Ada pelbagai pilihan pam menyusu. Namun ukurlah baju di badan sendiri. Pam menyusu adalah pelaburan jangka masa panjang kerana penyusuan susu ibu jauh lebih menjimatkan. jika digunakan dengan baik, mungkin anda dapat menggunakan untuk anak yang seterusnya..sekiranya rosak pun, anda masih boleh hantar untuk dibaiki, tak perlu beli yang baru. pam manual mungkin sesuai jika anda ingin berjimat atau jika anda susah mendapatkan bekalan elektrik. tetapi anda juga boleh mempertimbangkan pam yang boleh berfungsi secara rechargable bateri dan elektrik.
Mudah digunakan
anda akan kerap mengepam, mungkin 3 atau 4 jam sekali. pilih pam yang mudah digunakan, tidak terlalu banyak bahagian yang perlu dipasang. ini kerana, jika anda tertinggal satu bahagian, mungkin anda tidak boleh mengepam. selain itu, pilih yang mudah disimpan dan mudah dibersihkan.
Berat dan saiz
saiz dan berat juga penting kerana anda akan selalu membawanya kesana kemari.lebih lebih lagi jika anda jenis kerja diluar. bayangkan, dengan beg membawa kelengkapan menyusu, beg laptop, beg tangan lagi...jadi pilihla yang ringan dan kecil, supaya anda boleh mengurangkan ruang yang diperlukan.
Bunyi
pam menyusu yang berkualiti tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. pilih pam yang lebih senyap kerana anda mungkin boleh mengepam ketika dibilik mesyuarat, ketika menjalani kursus tanpa disedari rakan sekerja anda.
Ketahanan
pastikan pam yang dipilih mampu bertahan lama kerana sehari anda akan kerap mngepam. ciri ini penting terutamanya untuk pam elektrik kerana anda perlu ambil kira ketahanan motornya.
Aras Kelajuan
pilih pam yang menawarkan pelbagai pilihan kelajuan dan kekuatan hisapan atau sedutan. anda boleh menukar aras ini mengikut keselesaan anda. pilih pam yang ada aras kelajuan yang menyerupai hisapan bayi
Cara mengepam
Anda boleh mempertimbangkan untuk memilih Pam berganda, iaitu pam yang dapat mengepam kedua dua belah payudara pada masa yang sama jika anda jenis sibuk dan mengalami kekangan masa.
Bahagian gantian alat mengepam mudah didapati
Alat mengepam terdiri daripada beberapa bahagian yang perlu anda cantum sebelum mengepam. Kadang -kadang anda mungkin miss place bahagian tersebut, atau mengalami kerosakan. Pastikan bahagian tersebut mudah didapati di kedai supaya supaya anda mudah mendapatkan gantian
Semoga panduan ini membantu anda dalam memilih pam menyusu yang sesuai untuk anda. Pam menyusu adalah pelaburan jangka masa panjang, jadi buatlah keputusan yang baik dengan mengambil kira faktor diatas.Ada kedai kelengkapan bayi yang membenarkan Anda mencuba dahulu pam sebelum membeli. Baiklah, semoga berjaya dalam menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak anda 2 tahun.
Sekian.
Aina 019 399 0149
Pengedar Shaklee
C.O.D Ampang, Hulu Langat, Puchong
Comments
Post a Comment