Skip to main content

TEKNIK PENGURUSAN SUSU IBU PENTING KERANA SUSU IBU SENSITIF KEPADA SUHU!

Assalamualaikum w.b.t

Tahukah anda susu perahan tidak boleh disimpan begitu sahaja? Susu perahan tidak sama penjagaannya seperti susu formula kerana ia sangat sensitif kepada suhu. 
Berikut 9 langkah demi langkah bagaimana anda menyimpan susu perahan anda.

1. Perah

Mulakan dengan memerah dan salurkan kedalam botol yang bersih dan steril. Pastikan botol susu anda di steril dahulu sebelum digunakan.




2. Masukkan kedalam bekas penyimpanan

Anda boleh memilih untuk menyimpan dalam botol susu ataupun plastik penyimpanan susu ibu. Simpan mengikut keperluan susu bayi anda untuk mengelakkan pembaziran. contohnya setiap kali pam anda dapat 5 oz, tetapi bayi anda hanya minum 4oz sekali minum. isi 4 oz kedalam satu bekas, dan 1oz kedalam bekas yang lain. campurkan 1 oz tadi dengan susu perahan akan datang tetapi pastikan ia dalam suhu yang sama terlebih dahulu.
Tinggalkan sedikit ruang pada atas botol atau atas plastik bagi membenarkan proses pengembangan apabila susu dibekukan.

3. Label

Label tarikh anda mengepam dan biarkan susu anda pada suhu bilik untuk seketika.

4. Simpan didalam pet ais atau beg chiller

kemudian alihkan ke bahagian sejuk beku jika anda berada dirumah. jika anda berada diluar atau di pejabat, simpan susu diadalam beg chiller berisi pek ais.

5. Alih

Setelah anda pulang kerumah, Pindahkan susu kedalam bahagian chiller terlebih dahulu sebelum ke bahagian sejukbeku. Simpan susu anda di bahagian yang paling jauh dari bukaan pintu peti ais untuk mengelakkan kekerapan perbezaan suhu dari luar.

6. Guna susu perahan paling lama dulu

periksa tarikh yang paling lama untuk dikeluarkan terlebih dahulu.

7. Bekalan ke Taska atau Pengasuh

Alihkan susu perahan daripada ruang sejuk beku ke ruang chiller dahulu pada sebelah malam untuk dibekalkan ke taska pada keesokan hari

8. Panaskan susu

Panaskan ini bukan panas ati api ya! Penjaga boleh mencairkan susu anda dengan menggunakan warmer atau rendam susu anda didalam air suam sehingga cair. Susu ibu sangat sensitif kepada suhu ia tidak boleh terus diletakkan didalam air panas. 
Kocak dengan perlahan dan rasa suhu susu sebelum beri kepada bayi.


9. Ketahanan susu bayi pada suhu bilik

Susu ibu yang telah dicairkan atau susu yang telah di pam hanya bertahan selama 3-4 jam pada suhu bilik. Jadi, cairkan susu satu persatu. Buang jika berlebihan, dan telah berada pada suhu bilik lebih daripada 4 jam kerana ia mungkin telah dicemari bakteria dan berbahaya kepada bayi anda.

Lihat, banyak juga kan teknik pengurusan yang perlu anda tahu. Anda juga perlu memaklumkan teknik ini kepada pengasuh anda atau penjaga bayi anda supaya susu anda tidak rosak ketika diberikan kepada bayi anda. Pengurusan susu perahan adalah penting untuk difahami oleh anda dan penjaga bayi anda demi memastikan penyusuan susu ibu secara ekslusif berjaya!.

Sekian.

Aina 019 399 0149

Pengedar Shaklee
C.O.D AMPANG HULU LANGAT, PUCHONG
POS KESELURUH MALAYSIA.





Comments

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

DERITA GEGATA (URTICARIA) SELAMA 5 BULAN BERAKHIR JUGA

Assalamualaikum w.b.t Hari ni nak cerita kisah saya. Korang tau tak apa itu gegata or urticaria? Gegata ni gàtal gilaaaa..bentuk peta. Ada orang panggil kelopak garam,ada orang panggil sembur pontianak Saya kena gegata ni sejak dlm bulan dec 2016.dalam selang beberapa hari malam saya akan gatal gatal.menggaru xboleh berhenti.bangun tengok badan dah berpeta sana sini.mulanya sapu minyak cap kapak la nak kasi lega.lega sebab berangin jela.tp still gatal.bila nk pagi dlm pkul 4lbih bru gatal tu mula hilang.bru boleh tido lena Mulanya suspek tilam ada hama saya tukar tilam,tukar bantal,tukar caar.cadar siap rebus lagi dalam air mendidih.tapi masih kena.seminggu 2-3x saya mesti gatal. Mulanya malam sahaja,kemudian semakin kerap,kadang siang pun kena. Saya jumpa doc dan doc beri chloropherinamine atau piriton.sejenis ubat tahan gatal,sejenis anti-histamine.selain itu,doc kata boleh juga ambil cetrizine.cetrizine ni lebih ok la utk ibu menyusu.bila ubat dah habi

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun