Skip to main content

AWAS! JAGA DIRI ANDA BAGI ELAKKAN TERKENA BENTAN!

Assalamualaikum w.b.t

Bentan?Huh memangla kalau wanita da bersalin dan dalam pantang, memang tak nak la kena bentan ni..tahu ke apa maknanya bentan ni?
Tapi yang anda perlu tahu apa perlu dielakkan supaya tak terkena bentan!

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bentan bermakna sakit semula setelah hampir sembuh semula semasa dalam proses bersalin. ini bermakna walaupun anda dah kembali sihat, tetapi jika anda culas penjagaan diri, anda boleh mengalami sakit semula. Dan sakit ini mengambil masa yang lama untuk baik

Punca dan Isyarat Bentan

  • mengambil makanan sejuk 
  • terlanggar benda keras 
  • biasanya disusuli badan berasa sejuk dan seakan pitam. ini terjadi kerana dalaman badan masih lemah
  • sukar untuk kembali sihat dengan segera.

Terdapat 3 jenis bentan yang perlu anda tahu

Bentan Urat

  • Badan lemah, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut
  • demam
  • menggigil kesejukan walaupun pada tengahari
  • otot badan tegang dan kejang
  • Berlaku kerana ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti lasak
Cara rawatan: Bertangas atau wap herba.

Bentan Urat peranakan/urat rahim

  • sakit dibahagian ari-ari
  • tumpah darah
  • terlanggar benda keras (biasanya terlanggar di ibu jari kaki)
  • ibu mengangkat objek berat
  • terjatuh terduduk 

Bentan urat besar (pinggang)


  • urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul
  • rasa lenguh dan sakit belakang
  • biasanya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan
  • boleh menjadi lebih serius sehingga ibu berjalan berdingkit-dingkit
Untuk memastikan anda tidak mengalami bentan anda mestilah

Banyak rehat

  • jangan terlalu aktif membuat pergerakan
  • tidak boleh mandi terlalu lama
  • membasuh pinggan dengan banyak
  • mandikan bayi
  • mengangkat objek berat
  • jangan terkena hujan
  • elakkan kaki terkena benda keras

Jangkitan Kuman

  • ibu bersalin berpotensi mendapat jangkitan di bahagian perankan atau pundi kencing
  • anda perlu menjaga kebersihan dibahagian intim anda
  • jangkitan mudah berlaku kerana perubahan hormon berlaku selepas bersalin
  • anda perlu kerap menukar tuala wanita untuk mengelakkan jangkitan

Pemakanan

  • Elakkan pengambilan makanan sejuk
  • elakkan makan sayuran bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda dan jantung pisang
  • elakkan makan buahan masam dan sejuk seperti mangga, limau dan lain-lain
  • banyakkan minum air. kurang minum air boleh menyebabkan pundi kencing kering dan mudah dijangkiti penyakit

Anda diluar sana, jangan ambil mudah ketika berpantang ye! 
Anda juga boleh baca 


AINAA 019 399 0149

PENGEDAR SHAKLEE
C.O.D. AMPANG, HULU LANGAT, PUCHONG
POS KESELURUH MALAYSIA





    Comments

    Popular posts from this blog

    BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

    Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

    DERITA GEGATA (URTICARIA) SELAMA 5 BULAN BERAKHIR JUGA

    Assalamualaikum w.b.t Hari ni nak cerita kisah saya. Korang tau tak apa itu gegata or urticaria? Gegata ni gàtal gilaaaa..bentuk peta. Ada orang panggil kelopak garam,ada orang panggil sembur pontianak Saya kena gegata ni sejak dlm bulan dec 2016.dalam selang beberapa hari malam saya akan gatal gatal.menggaru xboleh berhenti.bangun tengok badan dah berpeta sana sini.mulanya sapu minyak cap kapak la nak kasi lega.lega sebab berangin jela.tp still gatal.bila nk pagi dlm pkul 4lbih bru gatal tu mula hilang.bru boleh tido lena Mulanya suspek tilam ada hama saya tukar tilam,tukar bantal,tukar caar.cadar siap rebus lagi dalam air mendidih.tapi masih kena.seminggu 2-3x saya mesti gatal. Mulanya malam sahaja,kemudian semakin kerap,kadang siang pun kena. Saya jumpa doc dan doc beri chloropherinamine atau piriton.sejenis ubat tahan gatal,sejenis anti-histamine.selain itu,doc kata boleh juga ambil cetrizine.cetrizine ni lebih ok la utk ibu menyusu.bila ubat dah habi

    BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun