Skip to main content

KELAS FANTASTIC MARKETING 2015, PEMBUKAAN AKTIVITI KELUARGA SHAKLEE SAYA!

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni nak cerita tentang aktiviti group shaklee saya. Kelas Fantastic Marketing 2015 ini berlangsung pada 4 Januari lepas di Bangi. Seronoknya join shaklee ni bukan kenal upline sebab nak menjual barang je, tapi kami saling mengenali upline, downline dan selalu adakan aktiviti bersama bagi merapatkan ukhwah. Bila ukhwah semakin rapat, kami selalu berkongsi cerita, pengalaman, masalah dan masing masing beri motivasi untuk terus bersama shaklee.

Aktiviti pembukaan untuk tahun ini ialah Kelas Fantastic Marketing 2015. Kelas ini mengandungi pembelajaran mengenai cara pemasaran melalui blog, facebook, offline dan juga instagram. Memang best sebab banyak yang saya dapat pelajari. Disebabkan saya masih baru dalam blog ni, so saya lambat sikitla nak digest..berbanding dengan bab pemasaran facebook dan instagram..


Kelas ini diadakan di Faizworld Training Center, Bandar baru bangi. yuran konmitmen kelas ini hanya RM20. yuran ni bukan apa, nak pastikan kita beri komitmen sepenuhnya, jangan tak datang pula.sebab ramai yang nak join kelas ini. Dekat Faizworld Training center ni best sebab ada bilik yang kita boleh letak anak kita..so kalau datang suami isteri, suami boleh tolong jagakan anak. lagipun ramai kanak kanak lain, biasalah budak-budak, seronoklah bila ramai-ramai. tempatnya selesa, selain ada ruang nursery tadi, ada juga surau. Makanan juga turut disediakan, yelah mudah kan xpayah nak  keluar dah, lagipun kelas seharian. Saya bergilir gilir jaga anak dengan suami. Alhamdulillah anak pun tak buat hal, seronok je main main. 

Group shaklee saya memang best, masing masing saling membantu.lebih lebih lagi dalam menyebarkan ilmu, bukan sahaja ilmu tentang produk, tapi ilmu marketing juga. Selain daripada menghadiri kelas fizikal seperti ini, kami juga selalu mengadakan kelas melalui webinar dan whatsapp. kelas seperti ini dikenali sebagai kelas secara maya, sambil dodoi anak, sambil duduk lepak lepak kat rumah pun boleh join kelas..macam tu la..lagipun kelas melalui whatsapp group dan webinar ni, kita boleh bincang dan boleh senang nak refer semula. kiranya, kalau baru join shaklee ni jangan risaulah! upline pasti akan support dan guide anda supaya sama sama berjaya.

Anda berminat untuk menjana wang sampingan? Jom sertai bersama menjadi pengedar shaklee. modal?jangan risau, hanya RM75 sahaja yuran keahlian seumur hidup, dan anda akan diberikan kit permulaan, mengandungi buku produk dan buku panduan. Anda boleh memesan produk shaklee, melalui online sahaja dan shaklee akan terus hantar barang kerumah anda atau rumah pelanggan anda. Senang kan?Jangan risau mengenai bagaimana nak jual shaklee, kami akan guide. Lagipun barangan Shaklee, bagus, berkesan, mesra alam dan yang penting selamat!

Bulan ini ada promo, untuk free membership anda boleh beli 2 botol VIVIX dengan harga less 5%. Selain itu, bulan depan anda boleh dapat cash bonus lagi! Menarik kan? Vivix adalah tonik yang dapat melambatkan penuaan dan memperbaiki sel sel anda.


Baiklah apa lagi, jom whatsapp atau sms saya untuk tahu maklumat lanjut!

AINAA 019 399 0149

PENGEDAR SHAKLEE
C.O.D. AMPANG, HULU LANGAT, PUCHONG
POS KESELURUH MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

DERITA GEGATA (URTICARIA) SELAMA 5 BULAN BERAKHIR JUGA

Assalamualaikum w.b.t Hari ni nak cerita kisah saya. Korang tau tak apa itu gegata or urticaria? Gegata ni gàtal gilaaaa..bentuk peta. Ada orang panggil kelopak garam,ada orang panggil sembur pontianak Saya kena gegata ni sejak dlm bulan dec 2016.dalam selang beberapa hari malam saya akan gatal gatal.menggaru xboleh berhenti.bangun tengok badan dah berpeta sana sini.mulanya sapu minyak cap kapak la nak kasi lega.lega sebab berangin jela.tp still gatal.bila nk pagi dlm pkul 4lbih bru gatal tu mula hilang.bru boleh tido lena Mulanya suspek tilam ada hama saya tukar tilam,tukar bantal,tukar caar.cadar siap rebus lagi dalam air mendidih.tapi masih kena.seminggu 2-3x saya mesti gatal. Mulanya malam sahaja,kemudian semakin kerap,kadang siang pun kena. Saya jumpa doc dan doc beri chloropherinamine atau piriton.sejenis ubat tahan gatal,sejenis anti-histamine.selain itu,doc kata boleh juga ambil cetrizine.cetrizine ni lebih ok la utk ibu menyusu.bila ubat dah habi

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun