Skip to main content

LAMAN GRILL MEMANG TERBAIK UNTUK ANDA YANG TERINGIN NAK MAKAN MAKANAN ALA MASTERCHEF

Assalamualaikum w.b.t

Anda teringin makan makanan ala masterchef? Mencari tempat masakan grill dan dihidang ala-ala hotel?Hah Laman Grill lah tempatnya!
Alhamdulillah, suami dapat bonus tahunan..biasalah hujung hujung tahun ni ramai dapat bonus kan..suami pun tanya saya, nak makan kat mana sebab dia nak belanja..apa lagi, saya pun fikir fikir sekali teringat nak pergi Laman Grill. memang teringin sangat nak pergi sebelum ni. alhamdulillah tercapai juga.

Laman Grill yang kami pergi ialah di cawangan Kajang. Laman Grill milik Chef Zubir, ala yang masterchef dekat astro tu..Laman Grill ni ada 3 cawangan. kat Kajang, wangsa maju dan Shah Alam tak silap saya. Yang paling berdekatan dengan saya ialah cawangan Kajang,

Masa sampai, kami pergi petang. Tak ramai orang lagi pun. Deko nya memang ekslusif, sesuai untuk dating, dan nak celebrate anniversary ke memang ok sebab boleh la ada element romantik sikit. if anda ada yang nak udara segar di luar pun ada..tapi petang tak sesuaila kan..panas juga..kalau malam ok la..

Ok cerita pasal menu pulak, da nama kedai Laman Grill kan, so mestilah banyak makanan panggang. kesimpulannya semua dalam kedai ni makanan western, ada soup, burger, steak, grill chicken, pasta, dan grill fish. 

Kami pilih Grand Combo's Platter sebab semuanya ada. sedap, puas hati sangat, dalam satu plate ni ada stew daging, daging blackpepper, kambing bakar, ayam , pai ayam.untuk sayuran ada cendawan carbonara, mixed vegetables saute dan lagi satu tu tak ingat dah apa dia..ingat ada kacang kuda, dalam sos dia macam ala mexicam gitu.kiranya semua ada lah. untuk seorang kenyang sangat,untuk 2 orang xcukup. itu review saya..hihi

Grand combo's Platter
Kedua kami ambil burger. burger ni besar, ada bacon, cheese dan daging pun tebal. rasanya macam daging bakar. pada saya sedap sangat dan mengenyangkan, burger ni dihidang juga dengan french fries, dengan sos cheese dan timun.
Cheese beef burger

Kesimpulannya memang best. saya suka grand platter tu..memang rasa macam makan makanan masterchef yang kita tengok dalam tv tu sebab cara dia plating. rasa macam makan kat hotel pun ye juga.

kos kesuluruhan adalah rm100++. so memang nak makan selalu tak mampula kan. tapi saya puas hati dengan wang yang dilaburkan, servis pun ok.semua ok lah. memang rekemen la datang sini. 

untuk anda yang mencari makanan western, memang sesuaila datang sini.  untuk nak refer menu apa lagi yang ada, anda boleh klik disini.

Ok lah,  Anda kalau ada tempat tempat yang best untuk dikongsikan, kongsi-kongsilah dengan saya. Leave Comment kat bawah ni ye! saya pun food hunter jugak, stalker restoran mana yang sedap nak pergi.
Ok lah. setakat disini dahulu! Babai

AINAA 019 399 0149

PENGEDAR SHAKLEE
C.O.D. AMPANG, HULU LANGAT, PUCHONG
POS KE SELURUH MALAYSIA

Comments

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

DERITA GEGATA (URTICARIA) SELAMA 5 BULAN BERAKHIR JUGA

Assalamualaikum w.b.t Hari ni nak cerita kisah saya. Korang tau tak apa itu gegata or urticaria? Gegata ni gàtal gilaaaa..bentuk peta. Ada orang panggil kelopak garam,ada orang panggil sembur pontianak Saya kena gegata ni sejak dlm bulan dec 2016.dalam selang beberapa hari malam saya akan gatal gatal.menggaru xboleh berhenti.bangun tengok badan dah berpeta sana sini.mulanya sapu minyak cap kapak la nak kasi lega.lega sebab berangin jela.tp still gatal.bila nk pagi dlm pkul 4lbih bru gatal tu mula hilang.bru boleh tido lena Mulanya suspek tilam ada hama saya tukar tilam,tukar bantal,tukar caar.cadar siap rebus lagi dalam air mendidih.tapi masih kena.seminggu 2-3x saya mesti gatal. Mulanya malam sahaja,kemudian semakin kerap,kadang siang pun kena. Saya jumpa doc dan doc beri chloropherinamine atau piriton.sejenis ubat tahan gatal,sejenis anti-histamine.selain itu,doc kata boleh juga ambil cetrizine.cetrizine ni lebih ok la utk ibu menyusu.bila ubat dah habi

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun