Skip to main content

SELAMATKAH MENGAMBIL SUPPLEMENT KECANTIKAN JIKA ANDA MASIH MENYUSUKAN ANAK?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sebagai wanita, memang fitrah ingin cantik kan? lebih lebih lagi setelah melahirkan anak, mungkin ada bahagian badan anda yang anda rasa tidak mantop seperti anak dara dulu..tidak anjal, gelebeh dan macam macam lagi lah..

Setelah rasa diri susah tak cantik, anda mula mencari supplement kecantikan..bagi anda yang masih menyusukan bayi, anda perlu lebih berhati hati dalam memilih supplement kecantikan yang sesuai. ini kerana ada sesetengah herba atau ubatan yang perlu dielakkan bagi ibu menyusu.

Supplement kecantikan berasaskan Pueraria mirifica

Saya ada membaca majalah Pa&Ma edisi disember 2014, mengenai pertanyaan seorang pembaca yang gusar dengan supplement colagen, dan apa apa produk yang mengandungi campuran Lobata atau nama saintifiknya Pueraria mirifica. Dr. Rita Rahayu menjawab soalan pembaca ini dan saya ringkas kan disini
Bagi wanita yang menyusukan bayi, herba herba juga tergolong dalam ubatan dan langkah berjaga jaga perlu diambil. ibu mahupun bayi boleh mengalami reaksi alahan. oleh itu, jika anda mengambil sebarang ubat atau herba, pantau perubahan atau reaksi bayi anda jika ada.

Apa sebenarnya tumbuhan Pueraria mirifica?

Pueraria mirifica secara adalah tumbuhan yang biasanya hidup di utara Thailand dan Myanmar. Secara tradisionalnya, ekstrak daripada pelbagai bahagian tumbuhan ini digunakan untuk menganjalkan payudara, melebatkan rambut, mencantikkan kulit, mengurangkan kedut, dan meremajakan kulit bagi wanita dan lelaki.



Untuk produk berasaskan Pueraria mirifica, tiada bukti menunjukkan pengambilan supplement berasaskan kolagen daripada herba ini bermanfaat untuk ibu menyusu. ada kajian melaporkan 

Pueraria mirifica Research Review, oleh Ellen Kamhi, Phd, RN, AHG, AHN-BC, menyatakan Pueraria mirifica tidak seharusnya digunakan oleh kanak kanak, waniga bawah 20 tahun, wanita mengidap cyst pada payudara, ovary atau uterus, sesiapa sahaja yang mengalami masalah estrogen, wanita hamil atau wanita menyusukan bayi.  Untuk bacaan artikel penuh sila klik disini.
Peringatan yang sama turut diguna pakai dalam perihal keselamatan dan pemakanan. 

Ruth A. Lawrence, MD (Penulis buku Breastfeeding: A Guide for the Medical Profession) memberi panduan kepada ibu menyusu jika bercadang mengambil bahan bahan berasaskan herba

  • Elakkan mengambil teh herba farmakologi aktif. Ambil teh herba secara sederhana
  • Kurangkan pengambilan persediaan produk herba yang menggabungkan beberapa bahan aktif.
  • baca kemasan label pada produk. terdapat beberapa supplement yang mungkin mengandungi herba yang tidak seharusnya digunakan oleh ibu menyusu.
  • gunakan jenama produk yang dipercayai, mempunyai maklumat bahan dan pekatan yang tertera di label, tarikh luput, dan juga pengusaha, pengedar produk tersebut.
sumber: Herbs and breastfeeding, oleh Ruth A. Lawrence, MD)

Oleh itu, bagi ibu menyusu, fikir dahulu sebelum beli ya! ada banyak lagi produk yang sesuai untuk anda jika anda ingin kelihatan seperti anak dara! yang penting, selidik dahulu, dan bertanya pada yang pakar.

Anda juga boleh mencuba vitamin cantik untuk menganjalkan kulit anda. Apa itu vitamin cantik? Klik disini.

Sekian.

Comments

  1. kan, sekarang nii pun saya berpantang dulu dari ambil supplement, takut tersilap langkah...

    thx atas info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ambil supplement tapi kaji dulu dan bertanya pada yang pakar. kita wanita perlu ambil supplement lebih lebih kalsium dan multivitamin.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

DERITA GEGATA (URTICARIA) SELAMA 5 BULAN BERAKHIR JUGA

Assalamualaikum w.b.t Hari ni nak cerita kisah saya. Korang tau tak apa itu gegata or urticaria? Gegata ni gàtal gilaaaa..bentuk peta. Ada orang panggil kelopak garam,ada orang panggil sembur pontianak Saya kena gegata ni sejak dlm bulan dec 2016.dalam selang beberapa hari malam saya akan gatal gatal.menggaru xboleh berhenti.bangun tengok badan dah berpeta sana sini.mulanya sapu minyak cap kapak la nak kasi lega.lega sebab berangin jela.tp still gatal.bila nk pagi dlm pkul 4lbih bru gatal tu mula hilang.bru boleh tido lena Mulanya suspek tilam ada hama saya tukar tilam,tukar bantal,tukar caar.cadar siap rebus lagi dalam air mendidih.tapi masih kena.seminggu 2-3x saya mesti gatal. Mulanya malam sahaja,kemudian semakin kerap,kadang siang pun kena. Saya jumpa doc dan doc beri chloropherinamine atau piriton.sejenis ubat tahan gatal,sejenis anti-histamine.selain itu,doc kata boleh juga ambil cetrizine.cetrizine ni lebih ok la utk ibu menyusu.bila ubat dah habi

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun