Skip to main content

TIPS ATASI MASALAH LOYA, ANGIN DAN SEMBELIT KETIKA HAMIL

Assalamualaikum w.b.t

Kenapa masa hamil mesti rasa loya, muntah, kembung perut, pedih ulu hati dan sembelit? Tak selesa la..nak buat kerja pun mabuk je rasa kan? Macam mana nak kurangkan rasa semua ni?yela orang kata biasala tu orang mengandung..tapi disini saya nak kongsi tips atasi masalah semua ini.

Punca Masalah pencernaan ketika hamil

Tahu tak, bila kita hamil, lebih-lebih lagi masa trimester pertama, hormon masih lagi tak stabil. Hormon progestron dan hormon estrogen yang meningkat akibat kehamilan menyebabkan masalah ini. 



Loya dan muntah

Biasanya orang cakap, ini adalah geJala morning sickness. tapi tak semua kena masa pagi-pagi..macam saya dulu, bila maghrib barula rasa loya-loya ni..Hal ini berlaku kerana hormon estrogen dan progestron yang meningkat menyebabkan anda rasa tak selesa dan loya. 

cara atasi


  • Anda dinasihatkan makan dengan kerap tetapi dengan jumlah yang sedikit.
  • elakkan makanan pedas
  • minum lebih air kosong
  • makan makanan tinggi karbohidrat dan protein
  • pastikan sentiasa ada makanan bersama anda kerana perut kosong akan membuatkan keaadan makin teruk.

Kembung perut

ini simptom biasa pada trimester pertama. Puncanya adalah sebab perubahan hormon. 

Cara mengawal

  • elakkan makanan 'sejuk' dan ber'angin'
  • amalkan makan dalam kuantiti kecil dan kunyah perlahan-lahan
  • makan terlalu cepat boleh mengumpul angin di dalam perut.
anda juga boleh mencuba produk peppermint & ginger plus. ia membantu anda rasa lega dari rasa angin dalam perut. Ianya dirumus khas dengan peppermint, halia, fenel dan anise yang secara tradisi nya digunakan untuk melegakan angin dalam perut.


Pedih ulu hati


Biasanya ia dirasai oleh ibu yang perut dah semakin membesar. ini kerana bayi yang semakin membesar menyebabkan rahim menolak sedikit perut anda keatas. pedih ulu hati ni, rasa dia macam rasa makanan tu kat kerongkong lagi, padahal lama dah telan. Asid yang terkumpul di dalam perut naik ke kerongkong, sebab tu rasa lagi tak selesa. 

Cara atasi

makan dalam jumlah yang kecil tapi kerap supaya perut tidak terlalu penuh dalam satu masa.

Sembelit

Sembelit terjadi akibat peningkatan hormon progestron. jika ianya tidak diatasi ia boleh membuatkan buasir tau!!jadi jangan abaikan masalah ini! 


cara atasi

  • minum banyak air, sekurangnya 8 gelas sehari
  • banyak makan makanan mengandungi serat tinggi seperti buah-buahan  dan sayuran dalam diet harian
  • anda juga disyorkan mengambil supplement ostematrix. ini kerana kandungan magnesium dalam ostematrix membantu menyerap air kedalam usus besar supaya tinja akan lebih lembut. selain itu, ostematrix kaya dengan kalsium dan vitamin D yang penting dalam pertumbuhan tulang kandungan anda.

Saya mengamalkan ostematrix sejak hamil, berpantang dan sehinggalah kini, anak saya dah nak masuk setahun. memang kalau sebelum tidur amalkan 2biji oste, confirm esok akan membuang dengan mudahnya, dan pasti akan membuang! pernah jugak saya terlupa, kadang-kadang balik kampung ke, holiday ke..takde la sembelit, tapi rutin harian setiap pagi tu akan termiss la.. sekarang ostematrix adalah supplement yang mesti saya ambil.lebih lebih lagi saya masih menyusukan anak.kalsium amat penting bagi saya supaya tulang tak cepat rapuh dan untuk pertumbuhan tulang anak saya.

Jadi, selesaikan masalah anda sekarang!jangan tunggu lama-lama! sms atau whatsapp saya sekarang!

AINAA 019 399 0149

PENGEDAR SHAKLEE
COD AMPANG, HULU LANGAT, PUCHONG
POS KESELURUH MALAYSIA


 

Comments

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

DERITA GEGATA (URTICARIA) SELAMA 5 BULAN BERAKHIR JUGA

Assalamualaikum w.b.t Hari ni nak cerita kisah saya. Korang tau tak apa itu gegata or urticaria? Gegata ni gàtal gilaaaa..bentuk peta. Ada orang panggil kelopak garam,ada orang panggil sembur pontianak Saya kena gegata ni sejak dlm bulan dec 2016.dalam selang beberapa hari malam saya akan gatal gatal.menggaru xboleh berhenti.bangun tengok badan dah berpeta sana sini.mulanya sapu minyak cap kapak la nak kasi lega.lega sebab berangin jela.tp still gatal.bila nk pagi dlm pkul 4lbih bru gatal tu mula hilang.bru boleh tido lena Mulanya suspek tilam ada hama saya tukar tilam,tukar bantal,tukar caar.cadar siap rebus lagi dalam air mendidih.tapi masih kena.seminggu 2-3x saya mesti gatal. Mulanya malam sahaja,kemudian semakin kerap,kadang siang pun kena. Saya jumpa doc dan doc beri chloropherinamine atau piriton.sejenis ubat tahan gatal,sejenis anti-histamine.selain itu,doc kata boleh juga ambil cetrizine.cetrizine ni lebih ok la utk ibu menyusu.bila ubat dah habi

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun