Skip to main content

KERAP KATA 'JANGAN!' DAN 'TIDAK!' KEPADA ANAK BOLEH RENCATKAN PERKEMBANGAN ANAK?


Assalamualaikum w.b.t

Selalu cerita pasal khasiat dan nutrisi je kan?Arini nak cerita pasal kemahiran keibubapaan..huhu..yelah ibu baru kan..anak pun dah semakin membesar.  parenting skill tu kena belajar juga untuk mendidik anak menjadi insan yang elok. siapa nak anak jadi tak elok kan?lagi-lagi dari segi akhlak nya.

hari ni nak kongsi daripada pembacaan majalah Pa Ma mengenai bila waktu yang wajar kita cakap JANGAN dan TIDAK! Tahu tak, kalau kita semua benda cakap JANGAN kat anak, lama-lama anak akan jadi hilang keyakinan diri dan boleh membantutkan daya eksplorasi anak anda.

Kenapa tidak boleh kerap katakan JANGAN dan TIDAK?



  1. Anak yang sering dikatakan perkataan ini akan cenderung rasa takut, dan hanya akan melakukan sesuatu jika diminta termasuk ketika bermain. Jika dibiarkan, anak boleh menjadi pasif, tidak kreatif dan tidak memiliki inisiatif
  2. Anak akan kurang berdikari dan selalu bergantung kepada ibubapanya atau orang yang selalu dengannya.
  3. Anak tidak terlatih membuat keputusan untuk diri sendiri, selalu takut, dan rendah diri.
  4. Perkembangan motor halus dan kasar anak terlambat.
  5. Anak jadi malas mahu meneroka dan mengenal perkara baru.

Jadi Apa ibu bapa perlu lakukan untuk elak katakan TIDAK DAN JANGAN?

  • Ketika anak mulai merangkak atau berjalan

Pada ketika ini, anak memang suka mencapai, menarik laci, dan macam-macam la kan? 
jadi simpan barang berharga anda seperti kaca, pasu dan jauhkan dari jangkauan anak. kalau rak buku tu, mungkin anda perlu alih atau terbalikkan. Laci pula, beli pengunci sementara, saya ada beli di MR.DIY.hihi.

yelah, macam anak saya, suka sepahkan barang, suka bukak laci dan keluarkan semua barang dari laci..hmm..awal-awal tu bagila main..sebab tengok dia tengok satu-satu barang, dah puas,  die campakkan.
sekarang dah penant, bila alat pengunci tu..




  • Sediakan tempat khusus untuk bermain

Mungkin anda boleh boleh sediakan satu ruang khusus untuk dia bermain. atau kata lain, distract anda anda dengan bawanya ke tempat lain dan berikannya permainan yang menarik minatnya. untuk anak bawah setahun memang sukar untuk jelaskan kenapa tak boleh kan, tapi jika cara jelaskan sebab apa tak boleh kepada anak anda sejak kecil, kelak anak anda akan mula memahaminya.

  • Penuhi keperluan stimulasi anak

Bila keperluan bermain dipenuhi, maka anak akan dapat belajar tentang cara bertindak atau sabar menghadapi sesuatu. berikan permainan yang memberi pengalaman baru bagi memuaskan rasa ingin tahunya. dengan cara ini, anak akan belajar perkara baru, belajar memilih dan belajar sosialisasi.

Anda ada tips lain untuk berkongsi?tinggalkan di ruangan komen ya!Saya ibu baru belajar..mahu belajar lagi..hihi

AINAA 019 399 0149

PENGEDAR SHAKLEE
AMPANG, HULU LANGAT, PUCHONG
POS KESELURUH MALAYSIA
 

Comments

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

DERITA GEGATA (URTICARIA) SELAMA 5 BULAN BERAKHIR JUGA

Assalamualaikum w.b.t Hari ni nak cerita kisah saya. Korang tau tak apa itu gegata or urticaria? Gegata ni gàtal gilaaaa..bentuk peta. Ada orang panggil kelopak garam,ada orang panggil sembur pontianak Saya kena gegata ni sejak dlm bulan dec 2016.dalam selang beberapa hari malam saya akan gatal gatal.menggaru xboleh berhenti.bangun tengok badan dah berpeta sana sini.mulanya sapu minyak cap kapak la nak kasi lega.lega sebab berangin jela.tp still gatal.bila nk pagi dlm pkul 4lbih bru gatal tu mula hilang.bru boleh tido lena Mulanya suspek tilam ada hama saya tukar tilam,tukar bantal,tukar caar.cadar siap rebus lagi dalam air mendidih.tapi masih kena.seminggu 2-3x saya mesti gatal. Mulanya malam sahaja,kemudian semakin kerap,kadang siang pun kena. Saya jumpa doc dan doc beri chloropherinamine atau piriton.sejenis ubat tahan gatal,sejenis anti-histamine.selain itu,doc kata boleh juga ambil cetrizine.cetrizine ni lebih ok la utk ibu menyusu.bila ubat dah habi

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun