Skip to main content

BAGAIMANA NAK PILIH PENGGENDONG (BABY CARRIER) YANG BETUL?

Assalamualaikum w.b.t

Bayi anda susah nak duduk dalam stroller?Nak berdukung sahaja? Anak semakin berat, lenguh lama-lama nak dukung..Bila dah berdukung ni, susah nak buat apa-apa, nak beli barang ke susah kan? Sebelah tangan je, macam mana nak buat? Apa kata anda guna penggendong bayi? atau dalam bahasa inggeris, Baby Carrier.



Kelebihan menggunakan penggendong bayi


  1. Senang di bawa kemana-mana. Nak buat kerja rumah pun senang. pakai penggendong bayi, dan anda boleh nak menyapu ke, masak ke..tapi kena hati-hatila..tapi biasanya penggendong bayi ni digunakan bila kita nak pergi membeli belah, senang nak pilih barang, nak buat bayaran..kan?
  2. pemakaian penggendong bayi menyebabkan anak dan ibu atau bapa lebih rapat. Bonding antara anak dan ibubapa lebih kukuh la kiranya.
  3. Jimat ruang berbanding menggunakan stroller. banyak ruang diperlukan untuk mengisi stroller dalam kereta. lebih-lebih lagi jika ingin bercuti. banyak beg dan barang ingin dibawa kan?

Antara jenis Penggendong bayi yang baik untuk digunakan



Jenis penggendong bayi yang selamat dan tidak selamat digunakan. lebih baik pilih yang ergonomic sebab ianya support tulang belakang dan kaki bayi anda. 



Tips gendong bayi

  1. Kemas: kedudukan bayi mesti rapat dengan badan anda dan tidak tenggelam supaya anak tidak mudah lemas.
  2. Nampak: Anda boleh melihat dan melihat bayi anda sepanjang masa
  3. Dekat: bayi digendong perlu tinggi kedudukannya dekat dengan dagu anda dan anda boleh mencium dahinya .
  4. Dagu dan dada: pastikan ada ruang sekurang-kurangnya jarak sebesar satu jari antara dagu dan dahi bayi untuk memastikan pernafasan mereka tidak terganggu.
  5. Sokongan belakang: Belakang bayi perlu disokong dam keadaan semulajadi iaitu perut mereka rapat pada anda atau dengan kedudukan punggung mereka paling dalam di dalam penggendong yang digunakan.
  6. Pastikah penggendong anda tidak menyebabkan hip dysplasia yang boleh menyebabkan kecederaan kepada bayi. pilih penggendong yang menyokong tulang pinggul dan sendi lutut mereka.


Jika anda ingin lebih banyak tips, dan review daripada pengguna penggendong bayi di Malaysia, anda boleh join group Malaysian Babywearers di facebook. seronok dalam group ni sebab boleh berkongsi masalah dan anda juga boleh minta pendapat tentang cara pemakaian penggendong anda.

Anda juga boleh menyewa dahulu penggendong jika anda masih keliru nak beli yang mana. yelah, selesa ni subjektif, kadang-kadang orang kata ok, kita rasa xok. kadang kadang tu kita suka, tapi anak pulak tak selesa..boleh sewa dulu try dan kalau ok, boleh teruskan dengan pembelian. sewa pun pada saya berpatutan, iaitu rm80 macam tu selama 2 minggu.. ok la kan..saya suggest anda join group Malaysian babywearers rental and fsot untuk sewa dan ketahui penjual penggendong bayi yang sah. 

Saya kini menggunakan penggendong bayi jenama Boba. ok..tapi lepas ni ingat nak try Tula atau kinderpack atau madam googoo la pula!hihi.


Anda ada guna penggendong bayi juga? jom kongsi pengalaman anda dirungan komen. kita kongsi cerita.
semoga ini bermanfaat untuk anda.

AINAA 019 399 0149

PENGEDAR SHAKLEE
COD AMPANG, HULU LANGAT, PUCHONG
POS KESELURUH MALAYSIA


Comments

  1. Terima kasih atas info bermanfaat ni...kena berhati2 pilih baby carrier lepas ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kesian kat baby tak selesa sakit belakang

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

RESIPI MAKANAN BAYI 8 BULAN: PASTA BOLOGNESE

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni saya nak share resipi makanan barat untuk putera kesayangan saya..hihii..excited jugak bila anak da masuk 8 bulan kan.. macam-macam makanan nak cuba bagi..yelah..8 bulan dah boleh makan oat, pasta, cheese..apa lagi macam-macam idea la nak bagi.. Kali ni nak kongsi resipi Pasta bolognese Cara-Caranya rebus pasta(ketepikan) blend 2biji tomato dan separuh batang carrot (ikut suka nak letak sayur apa) tumis unsalted butter+bawang holland+bawang putih+mixed herbs (kalo tak ada guna oregano je pun cukup) masukkan isi ayam masukkan tomato yg telah diblend tadi biar spai masak sekejap masukkan sekeping keju cheddar kacau sampai melt tunggu sejuk blend kan kuah bolognese dan pasta bersama da siap! rase pasni nk wat versi banyak pulak..sebelum ni masak untuk diri sendiri pakai tomato puree je..skali pkai tomato fresh rase fresh sgt.,hahaahaha tapi yang sedihnya Haris macam xsuka sangatla..dia ni tak gemar sangat tomato la rasa..last2 mama nye la

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun