Skip to main content

NAK MENGANDUNG CEPAT SUPAYA SUAMI TAK KAHWIN LAIN

Assalamualaikum w.b.t

Nak mengandung cepat?Sebab apa?
Sebagai wanita, kita mesti nak mengandung kan..rasa tak lengkap jadi seorang wanita if tak mengandung.

Kalau da kahwin, mesti orang tanya, da ada isi ke?bila lagi?ke korang merancang ni?haha..so anda jawab apa?haha jawapan paling mudah, "belum ada rezeki" hihi..lagi susah hati kalau mak mertua atau makcik makcik belah suami slalu tanya..aduyai..kalau dapat mak mertua tak kisah tak pe..kalau yang jenis mendesak, or teringin sangat nak dapat cucu..huh boleh stress jadinya kan?
suami macammana?ada tanya tanya tak?sebagai isteri perkara paling ditakuti adalah dimadukan..anda nak ke dimadukan sebab anda tak dapat mengandung lagi?
kalau telah disahkan anda memang tak dapat mengandung (mandul) redha jela sbb ketentuan Allah. tapi anda ada usaha tak??tu paling penting, usaha dulu semampu boleh..insyaAllah, ada rezeki.


Saya dulu pun mengalami masalah yang sama macam anda..saya telah 9bulan kahwin, baru disahkan mengandung. masa 3bulan pertama memang tak fikir sangat pun,ada rezeki ada la.selepas 6 bulan kahwin, saya mula rimas dengan pertanyaan orang lebih lebih lagi mak saya yang selalu cakap saya lambat mengandung.yela dia dulu bunting pelamin, saya belum jugak pregnant. Lepas tu ditambah dengan suami pula meluahkan rasa hati, mengatakan dah mula rasa sunyi, dan teringin nak anak.oh no!sentap jugakla!masa tu saya mula bersungguh sungguh cari solution..dengan haid yang tiba tiba tunggang langgang selepas kahwin, saya mula mengambil GLA secara konsisten dan folic acid selama 3 bulan.Sebelum tu, saya pernah menangis bila saya datang period...sebab frust sgt. Alhamdulillah selepas 3 bulan berusaha, saya disahkan mengandung. Ni gambar pregnancy test saya..hihi..kalau sudi, anda boleh baca entry saya bila dah disahkan mengandung, baru anda tahu betapa excitednya suami saya..hihi

Ada 3 perkara anda perlu tahu jika ingin mengandung cepat. Jom baca.

  1. Pemakanan. 

Anda pasti badan anda dah bersedia ke untuk hamil? dah cukup ke nutrisi badan anda? Doktor mensyorkan wanita yang ingin hamil harus mengamalkan asid folik seawal 3 bulan sebelum hamil. kenapa? Jom baca entry Panduan Pemakanan Bagi Wanita yang ingin Hamil. Entry ni saya ambil daripada majalah Pa&Ma, jadi, jangan lupa amalkan!

2. Haid anda teratur tak? 

Biasanya haid tak teratur berkaitan dengan hormon tak stabil. bila hormon tak stabil biasanya anda mungkin alami masalah seperti 
  • kegemukan, 
  • rambut gugur,
  •  kulit berjerawat, 
  • kulit berminyak.
Ada tak? Macammana nak atasi? Jom baca disini. First sekali kita betulkan dulu period kita. Bila dah period teratur, senang nak tahu bila subur.  

Untuk menyeimbangkan hormon, anda disyorkan mengambil GLA comple. GLA ini ialah sejenis omega 6 yang membantu menyeimbangkan hormon anda.


Anda juga disyorkan memulakan diet mengandungi asid folik supaya badan anda lebih bersedia untuk hamil. DAripada pengalaman saya, asid folic juga membantu memperbetulkan kitaran haid juga. Selain itu, ia mengelakkan potensi bayi anda mengidap spina bifida, sejenis penyakit saraf yang dihidapi akibat kekurang folic acid diawal kehamilan.
 Oleh itu saya syorkan anda amalkan b-complex with folic acid untuk membantu anda lebih mudah hamil.





3. Macammana nak tahu bila hari kita subur? 

Anda boleh tahu bila anda subur dengan menggunakan Ovulation Test Strip. Ovulation test strip atau nama lain nya Ovulation predictor kit merupakan alat detect hormon LH. Hormon LH dirembeskan dengan tinggi apabila ovulasi akan berlaku. Ovulasi ialah proses Ovum (telur wanita dikeluarkan daripada Ovari (kilang telur wanita) untuk bersedia menjalani persenyawaan. Waktu Ovulasi adalah Waktu Paling Subur untuk mengandung.



Apa itu Ovulation Test Strip? Ini gambar dia. Untuk tahu bagaimana nak gunakannya, anda boleh entry saya Bagaimana Mengetahui Waktu Subur Anda. 


 Ovulation test strip ni mudah sahaja, hanya test pada urine anda. ia lebih meningkatkan peluang untuk hamil sebab anda tahu bila waktu subur. Murah je strip ni, hanya RM 1.20 per pcs. 


Ramai yang dah berjaya, ni antara testimoni customer saya




Lihat, banyak cara kita boleh usaha kan? Jangan cepat mengalah ye! Pastikan anda dah usaha semua cara ini untuk nak mengandung. Selain itu, jangan putus berdoa kepada Allah kerana Dialah pemberi rezeki. Namun, Usaha mesti didahulukan, kemudian tawakal dan berdoa. 


Anda juga boleh baca

Baiklah, jika anda nak tanya atau nak konsultasi atau nak order produk-produk ini anda boleh terus hubungi saya SMS atau terus Whatsapp

AINA 019 399 0149

Pengedar Shaklee
C.O.D. Hulu Langat, Puchong
Pos ke Seluruh Negara

Comments

  1. neni pun pernah nangis bila datang period,,padahal 3 bulan je kosong tu...mmg emo lah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BABY HARIS TELAN SILICA GEL..MAMA KENA BUAT APA?

Assalamualaikum w.b.t Anak anda penah tertelan silica gel tak?  Lepas tu anda buat apa? Huh petang tadi haris macam termakan je silica gel tu. memang panik la nak buat apa.rasa biru dah muka saya time tu. Cerita nya macam ni Saya baru terima barang dari astro go shop saya ni jenis excited kalo beli barang nak terus buka dan try.. tak kisahla beli barang online ke kat kedai ke..sampai umah mesti nak try saya beli compactor..yang tempat simpan baju tu tengah pasang pasang nampak dah ada silica gel dalam tu..biar jela lepas tu haris ni duk panjat sana sini, saya pun rimas, letak die dalam compactor tu.. saja konon nak bagi die mainla. lepas tu rasa nak tangkap la gambar haris. da tangkap gambar, nak save dan tengok balik lepas tu pandang haris tengok dia dah gigit silica gel tuh! habis bertaburan saya pun terus angkat die ke bilik air dan korek mulut dia.. dapatla sikit tapi silica gel tu macam da larut sikit..macam rupa pasir dah. memang

RESIPI MAKANAN BAYI 8 BULAN: PASTA BOLOGNESE

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni saya nak share resipi makanan barat untuk putera kesayangan saya..hihii..excited jugak bila anak da masuk 8 bulan kan.. macam-macam makanan nak cuba bagi..yelah..8 bulan dah boleh makan oat, pasta, cheese..apa lagi macam-macam idea la nak bagi.. Kali ni nak kongsi resipi Pasta bolognese Cara-Caranya rebus pasta(ketepikan) blend 2biji tomato dan separuh batang carrot (ikut suka nak letak sayur apa) tumis unsalted butter+bawang holland+bawang putih+mixed herbs (kalo tak ada guna oregano je pun cukup) masukkan isi ayam masukkan tomato yg telah diblend tadi biar spai masak sekejap masukkan sekeping keju cheddar kacau sampai melt tunggu sejuk blend kan kuah bolognese dan pasta bersama da siap! rase pasni nk wat versi banyak pulak..sebelum ni masak untuk diri sendiri pakai tomato puree je..skali pkai tomato fresh rase fresh sgt.,hahaahaha tapi yang sedihnya Haris macam xsuka sangatla..dia ni tak gemar sangat tomato la rasa..last2 mama nye la

BAGAIMANA NAK DAPATKAN ANAK LELAKI?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T. Hari ni nak share mengenai petua-petua yang telah saya baca macammana nak dapatkan baby boy..almaklumlah, saya kan jual ovulation test, so dapat tahu waktu subur..yang tak pernah mengandung, pastilah beli sebab nak mengandung..yang da ada anak, nak mengandung lagi pun nak beli juga..kali ni sebab nye, boleh berusaha nak pilih jantina bila tahu waktu subur..ha..ni mommies yang dah banyak study ni..bagus bagus.. so kat sini saya nak cerita kaitan antara hari subur dengan jantina bayi dan juga petua-petua lain yang boleh anda praktikkan. Mula -mula perlulah tahu..ovum  wanita (telur wanita) membawa kromosom X. Sperma lelaki pula membawa kromosom X dan Y. untuk mendapatkan anak perempuan, perlulah gabungan XX manakala anak lelaki, gabungan XY. Jadi bapa-bapa sekalian, janganlah salahkan isteri anda kalau tak dapat jantina anak yang diingini, sebab kromosom daripada sperma bapa la yang menentukan..TAPI YANG PENTING, SEMUANYA DITENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T. Walaupun